Ahad, 11 Jun 2017

KONONNYA BERIBU-RIBU YANG MASUK TAPI BERAPA PULUH RIBU YANG KELUAR? BERAPA JUTA YANG LAYAK MENGUNDI?


Hari ini dicanang seluruh dunia kononnya setelah selesai mesyuarat kali ketiga sesi 2017-2019, telah meluluskan sebanyak 7,033 orang permohonan ahli baharu parti penjual agama bagi bulan Jun 2017.
Malah setiap kali selesai mesyuarat bulanan pula, berbondong-bondong pula masuk sebagai ahli parti penternak sampah terkenal itu.
Dikhabarkan bagi bulan April 2017, 7,206 orang disahkan sebagai ahli, Mac pula seramai 5,227 orang dan bulan sebelumnya pula 5,341 orang.
Ini menjadikan dalam tempoh empat bulan itu sahaja, sudah 24,807 orang berjaya didaftarkan sebagai ahli baharu parti jendela IJN itu.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah berapa ramai pula yang keluar dari parti itu dan menyertai AMANAH atau PPBM di seluruh negara sejak memutuskan hubungan politik dengan DAP dua tahun lalu dan terbaharu KEADILAN?
Tambah pelik apabila dari jumlah yang didaftarkan itu, berapa ramai pula yang layak berdaftar sebagai pemilih dan apakah pecahan bilangan ahli mengikut umur dan status mereka?
Itu belum lagi dikira berapa ramai yang menjauhkan diri dari program parti setelah tidak bersetuju dengan polisi lunak bersama Umno dalam hampir semua jawatan tertinggi parti itu.
Sejak muktamar di Kota Bharu yang mendedahkan jumlah ahli terakhir yang diberitahu ketika itu ialah kira-kira 800 ribu orang setelah merosot dari 1.2 juta tahun sebelumnya, tidak ada lagi statistik menunjukkan bilangan ahli terkini dikeluarkan dari mana-mana pemimpin parti itu.
Jika secara purata seramai 6,000 ahli didiaftarkan setiap bulan sejak Jun 2016 sehingga Jun tahun ini diambil kira, ini bermakna sudah lebih 72 ribu ahli baharu diterima permohonannya namun berapa ramai yang layak mengundi kurang dari setahun lagi?
Ironinya, ini ada kaitan dengan pekeliling yang dikeluarkan dari kawasan Shah Alam meminta ahli mereka bertukar tempat mengundi dengan segera kononnya bagi 'mempertahankan' kerusi mereka yang dimenangi pada PRU lepas.

Maka secara logiknya, dengan pertambahan sebegini besar nescaya surat berkenaan tidak perlu dikeluarkan kerana ribuan ahli sudah bersedia untuk mengundi parti itu dalam PRU akan datang.
Apakah parti ini terus bermain 'silap mata' dengan persepsi rakyat yang sukar untuk mempercayai angka-angka yang dikeluarkan setelah mereka memutuskan pula hubungan dengan KEADILAN pada 1 Mei lepas?
Jika Umno sendiri pun terpaksa berbohong kononnya ribuan ahli juga menyertai parti mereka dalam keadaan PPBM semakin diterima bekas ahli Umno, tidak mustahil parti sekutuk terbaharu mereka juga melakukan perkara sama mendaftarkan seberapa ramai budak tahfiz yang belum kenal sepak terajang politik apatah lagi layak mengundi menjadi ahli mereka.
Inilah sisi hodoh yang dipamerkan kedua-dua parti Melayu setelah lebih 60 tahun menjarah setiap titik peluh rakyat hasil kecurangan mereka memerah keringat saudara seagama dan sebangsa mereka.

1 ulasan:

  1. Ish! ish! ish! Tak masuk aqal kiranya pemimpin2 parti lebai berbohong!! Kan mereka tu pejuang agama suci Islam, tkkn mereka pandai berbohong!!
    Berbohong ni berdosa tau!! Kalau senyap tk berbohong kan? Mcm mr presideng tu, dia senyap je, senyap berjuta bahasa pulok tu, bila YB Khalid mendedahkn pemimpin tertinggi parti suruh batalkan kerjasama politik dgn Dap utk perintah Perak bersama umno.
    Ooops! Bila lebai bertindak, tidak ada yg tidak betul kerana sanya dan hanya dia lebai. Begitu juga dgn kata-kata, tidak ada kata-kata yang salah dan tidak ada yang biadap kiranya mulut mr presideng yg berkata2.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA