Jumaat, 23 Jun 2017

Kini Suhakam siasat kehilangan pastor, aktivis


Kini Suhakam siasat kehilangan pastor, aktivis
Isteri Pastor Raymond Koh, Susanne Liew dilaporkan bertemu Suhakam bagi memohon bantuan terhadap kes penculikan suaminya sejak 130 hari lalu. 
KES penculikan Pastor Raymond Koh yang masih belum selesai dan kehilangan misteri tiga aktivis sejak 2016 kini mendapat perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), yang akan menyoal polis berhubung kegagalan siasatan mereka.
Pendakwah Kristian itu diculik di Petaling Jaya, 130 hari lalu pada 13 Februari, dan keluarganya masih belum menerima nota tebusan yang menyebabkan penculikan itu semakin misteri.
Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph berkata suruhanjaya itu mahu bertanya kepada polis mengenai suspek yang ditahan bulan lalu berhubung penculikan pastor berkenaan.
“Peranan kami untuk bertanya dan bertindak atas mana-mana pelanggaran hak asasi manusia yang diserahkan kepada kami. Kami boleh memanggil mana-mana pihak berkaitan termasuk polis, seperti diperuntukkan di bawah akta itu,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Joseph berkata Suhakam sudah bertemu isteri dan anak Koh untuk mendengar kisah mereka.
“Kami akan memulakan temu bual selepas Aidilfitri. Kami akan membuat susulan dengan polis untuk melihat adakah mereka mempunyai petunjuk pada orang yang ditahan bulan lalu berkaitan kes Koh, dan akan menemu bual pegawai penyiasat,” katanya.
Tidak tahu siapa suspek itu dan adakah dia sudah dibebaskan atau masih dalam tahanan kerana tidak ada sepatah pun daripada polis sejak pengumuman tangkapan itu dibuat oleh ketua polis negara bulan lalu.
Peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 membenarkan Suhakam menyoal pihak berkuasa dalam kes disyaki berlaku pelanggaran terhadap hak asasi manusia.
Joseph berkata Suhakam bertindak atas aduan yang diterima daripada keluarga individu hilang dan Citizen Action Group On Enforced Disappearance (Caged), yang mewakili gabungan kumpulan masyarakat sivil.
Caged terdiri daripada 8 kumpulan masyarakat sivil yang menyasarkan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa bagi memberi tekanan kepada Putrajaya supaya memberikan jawatan terhadap kehilangan Koh dan tiga lagi aktivis.
Ia menganjurkan beberapa acara vigil untuk menghebahkan kehilangan itu.
Jurucakap bagi pihak keluarga Koh berkata mereka bertemu Suhakam pada 6 Jun.
“Keluarga itu bekerjasama dengan Suhakam dan mereka berharap suruhanjaya itu akan bertanya kepada polis mengenai penemuan terbaru dalam kes itu,” katanya.

Jurucakap itu berkata polis masih belum menghubungi keluarga dengan maklumat terkini.
“Apa yang keluarga tahu ialah apa yang dibaca di media. Mereka juga tidak mendengar apa-apa mengenai individu yang ditahan bulan lalu.
“Keluarga itu juga sedang menyediakan keterangan mereka yang akan diserahkan kepada Suhakam,” katanya.
Suhakam juga sedang menyiasat kehilangan Amir Che Mat yang hilang pada malam 24 November tahun lalu selepas memberitahu anak sulungnya dia mahu keluar, serta Joshua Hilmy, seorang paderi Melayu dan isterinya Ruth yang hilang pada 30 November tahun lalu.
Joseph berkata kawan Amri sudah memberikan keterangan mereka kepada Suhakam.
“Bagi kes Amri, kami sudah melakukan temu bual pusingan pertama di utara. Kami sudah bercakap dengan keluarga, polis dan pihak berkuasa agama dan siasatan masih diteruskan.
“Tetapi kami mempunyai makluman yang sedikit mengenai Joshua dan isterinya Ruth. Itu sebabnya kami merayu kepada mereka yang ada maklumat supaya tampil,” katanya.

1 ulasan:

  1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 570juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.
    ATAU KLIK DISINI

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA