Selasa, 20 Jun 2017

Kaitkan dengan komunis: Amanah ancam saman Razman

Posting Razman Zakaria
Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) mengancam untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berhubung tindakannya menuduh penubuhan parti itu khusus untuk orang Melayu sebagai proksi DAP.
Razman semalam memuat naik gambar yang bertajuk 'sejarah yang berulang' dengan menyamakan Amanah dengan Rejimen Ke-10 iaitu sayap kanan Parti Komunis Malaya.
"Berjuang dengan jelas. Jangan bimbang dan playsave. Musuh tetap musuh," tulisnya bersama gambar yang dimuat naik di Facebooknya.
Peguam Amanah Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Presiden Mohamad Sabu, timbalan presiden Salahuddin Ayub dan setiausaha agung Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya memberi masa 14 hari untuk Razman membuat permohonan maaf.
Pc Hanipa Maidin
"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya untuk mengambil tindakan saman fitnah ke atas Razman oleh kerana dalam posting ini ada melibatkan beberapa pimpinan Amanah antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Anuar Tahir, saya akan saman atas nama individu yang ada dalam gambar itu.
"Dalam masa sehari dua ini saya akan hantar notis tuntutan kepada Razman, kalau tiada apa-apa respons dalam masa 14 hari kita akan teruskan dengan tindakan saman," katanya pada sidang media bersama Salahuddin di Wisma Amanah Negara hari ini.

Hanipa yang juga pengerusi Biro Undang-undang Amanah berkata, saman fitnah itu berasas kerana Razman membuat fitnah tersebut dalam keadaan tiada sebarang provokasi dilakukan ke atasnya.
"Razman kaitkan Amanah dengan komunis secara tiba-tiba, tak ada siapa provok dia dan dalam bulan Ramadan," katanya yang juga ahli parlimen Sepang.
Beliau juga berkata, DAP juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Razman kerana gambar setiausaha agung DAP Lim Guan Eng turut ada dalam gambar yang dimuat naik.
"Dari segi undang-undang DAP boleh saman jika mereka mahu kerana tuurt dikaitkan dalam fitnah ini," katanya.
Razman yang juga bendahari Pas Pusat  juga sedang berhadapan kes saman fitnah oleh timbalan pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Pada tahun 2015, Nizar memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya sebagaimana artikel yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk Pendekatan Nizar mirip DAP.

2 ulasan:

  1. Saman je sampai tinggal seluar dalam...buat malu org islam je bulan puasa....org camtu panis- pan islamic party...boleh lantik jadi pseruhjaya...mangkuk betul

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA