Sabtu, 10 Jun 2017

Jangan malukan Anwar, pesan Ambiga pada pembangkang

Ambiga Sreenevasan berkata keghairahan penyokong mendesak Anwar Ibrahim dijadikan perdana menteri seolah-olah itu sahaja yang dimahukan bekas ketua pembangkang itu.
ambiga-anwar-bahasaKUALA LUMPUR: Aktivis hak asasi Datuk Ambiga Sreenevasan memberi amaran kepada Pakatan Harapan supaya jangan terlalu ghairah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan perdana menteri.
“Mungkin saya akan kehilangan ramai kawan kerana kenyataan ini tetapi kelakuan mereka memalukan Anwar kerana seolah-olah jawatan perdana menteri sahaja yang beliau mahukan,” katanya di forum “Isu berbangkit di Malaysia menjelang PRU-14” di Pusat Legasi Wesley di sini hari ini.
“Saya tahu Anwar seorang insan yang mendahulukan negara jadi penyokong beliau mesti mendahulukan negara.”
Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu berkata pembangkang sepatutnya kemuka formula kemenangan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 dan mengapa rakyat perlu memilih mereka.
“Siapa yang mereka mahu pilih sebagai perdana menteri pada asasnya adalah keputusan mereka tetapi mereka perlu bertenang dan pertimbangkang semula kelakuan mereka. Saya cuma mahu formula kemenangan. Tunjukkan kamu ada strategi dan pasukan untuk menang pilihan raya.”
Beliau mengingatkan pembangkang untuk tidak mengambil mudah sokongan pengundi yang mahukan perubahan.
“Tidak kira betapa tidak cekapnya mereka, kita masih mengundi mereka kerana kita mahu melihat perubahan. Jangan ambil mudah sokongan kami.”
Meskipun begitu, Ambiga menggesa pengundi supaya memilih pembangkang pada pilihan raya nanti.
“Mesti ada perubahan. Saya memilih bukan kerana saya memihak kepada pembangkang tetapi kerana kita tidak lagi boleh kekalkan kerajaan yang sudah lebih 60 tahun memerintah.
“Saya kenal ramai orang yang marah dengan pembangkang dan begitu juga saya, tetapi hanya dengan menyingkirkan BN mereka akan sedar yang mereka boleh disingkir jika tidak baiki diri sendiri.”
Semalam ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan belum memutuskan calon perdana menteri mereka untuk pilihan raya umum akan datang.

Pimpinan PKR, Amanah dan DAP di kongres PKR 21 Mei lepas mengangkat plakad “Anwar PM ke-7”, manakala pimpinan PPBM tidak berbuat demikian.
Pada 1 Jun lalu, Dr Mahathir berkata beliau tidak bersetuju menjadi perdana menteri tetapi akan mempertimbangkannya jika diminta.
Dr Mahathir berkata beliau tidak akan membelakangkan pimpinan PH lain, maka pemilihan calon perlu mendapat persetujuan semua komponen gabungan pembangkang.

2 ulasan:

  1. Mader tak saman mader tak salah..
    Tokong tak saman tokong tak salah
    Jibo tak saman Jibo salah..
    Spina perancis tak sampai Jibo salah..
    Tokong kena bicara dimahkamah Jibo salah
    BangNon henjut china doll Jibo salah
    BangNon bayar loyar BangNon tak salah
    Jibo bayar loyar Jibo salah
    Asamin servis aiskrim Jibo salah
    40ribu toyol bangla menggundi Jibo salah

    BalasPadam
  2. Jika anwar jadi pm, ekonomi dan imej malaysia akan pulih , ketirisan dan rasuah akan di hapuskan. InsyaAllah.
    Jgn banding lah anwar dan najib, jauh beza qualiti kepimpinan.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA