Jumaat, 23 Jun 2017

Isa lantikan Pengerusi Bukan Eksekutif, kata Nancy ...Isa berjasa ...???


Nancy ShukriPelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah tertakluk kepada kapasiti Pengerusi Bukan Eksekutif.
Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri memperjelaskan bidang tugas baharu Isa Samad.
Beliau berkata, portfolio tugas itu merangkumi tanggungjawab mempengerusikan Mesyuarat Anggota Suruhanjaya bagi memastikan hala tuju strategik seperti yang terkandung dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara.
“Sepanjang pengalaman bekerja dengan SPAD, saya yakin dengan komitmen Ketua Pegawai Eksekutif (Mohd Azharuddin Mat Sah) dan barisan pasukan pengurusannya yang sentiasa mengamalkan tahap tadbir urus tertinggi.
“Segala aspek pentadbiran suruhanjaya termasuk operasi, perancangan, pelesenan dan penguatkuasaan tertakluk kepada pentadbiran Ketua Pegawai Eksekutif serta barisan pengurusan SPAD.
“Kerajaan turut menetapkan mekanisme kawalan untuk pelaksanaan projek infrastruktur seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (MyHSR) KL-Singapura dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi menjamin pembangunan pengangkutan awam darat yang telus, amanah serta berintegriti,” jelas Nancy dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 19 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, memberitahu, Isa menyuarakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) susulan kemelut yang melanda agensi itu.
Kemudian Perdana Menteri menyatakan persetujuan dan terus melantik Isa sebagai Pemangku Pengerusi SPAD, berkuat kuasa serta-merta bagi menghargai jasanya.

2 ulasan:

  1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 570juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bulan puasa ni pun kamu ajak orang bertelik nasib dan berjudi? Itu amaalam syaiton.

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA