Selasa, 27 Jun 2017

Hadi lucutkan jawatan, Tuan Ibrahim lantik kembali, adakah PAS dalam masalah?


Hadi lucutkan jawatan, Tuan Ibrahim lantik kembali, adakah PAS dalam masalah?
‎Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man melantik semula empat pemimpin lama PAS yang sebelum ini dilucutkan jawatan oleh Hadi Awang, tindakan yang dilihat pemerhati petanda konflik kepimpinan parti Islam itu. 
PEMERHATI politik percaya pergelutan kuasa mungkin sedang berlaku di dalam parti Islam PAS selepas Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man melantik kembali beberapa pemimpin lama parti yang sebelum ini disingkirkan daripada jawatan mereka untuk memegang beberapa jawatan utama sewaktu ketiadaan Presiden Abdul Hadi Awang.
Veteran PAS Mustafa Ali ialah salah seorang pemimpin utama yang dibawa kembali untuk mengetuai lembaga penasihat PAS yang baru.
Mustafa yang sudah lama memegang jawatan sebagai pengarah pilihan raya parti itu sebelum ini digantikan dengan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bekas setiausaha politik Hadi Awang dalam penstrukturan semula awal Mei lepas.
Dalam balasan WhatsApp kepada The Malaysian Insight, Tuan Ibrahim mengesahkan pelantikan Mustafa.
“Ya, dia pengerusi,” katanya.
Mustafa,72, memberitahu The Malaysian Insight yang dia dimaklumkan pelantikan itu tetapi masih belum menerima surat lantikan rasmi.
“Saya difahamkan yang pelantikan saya dibuat dalam mesyuarat kedua yang dipengerusikan Tuan Ibrahim,” katanya.
Ahli politik veteran PAS yang lain seperti Dr Sanusi Daeng Mariok (bekas naib presiden), Abdul Halim Abdul Rahman (bekas bendahari di ibu pejabat PAS) dan Subky Latif (penulis veteran PAS) juga dilantik kembali Tuan Ibrahim.
Hadi yang sedang bercuti panjang selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara pada 16 Mei, sebelum ini mengarahkan keempat-empat mereka dilucutkan jawatan.

Penganalisis politik PAS Mohamad Hisomudin Bakar berkata tindakan Tuan Ibrahim membawa kembali empat ahli politik veteran itu boleh dilihat sebagai usaha untuk menstabilkan parti dan membawa mereka yang dia percayai dan boleh bekerjasama.
"Hadi buang, Tuan Ibrahim bawa balik," kata Hisomuddin, yang juga merupakan pengerusi eksekutif Ilham Centre Reseach Facility.
PAS masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelantikan Mustafa dan tiga yang lain itu, yang dilihat sesetengah pihak sebagai petanda kemungkinan permulaan konflik antara Hadi Awang dan Tuan Ibrahim.

8 ulasan:

  1. TITM patut ambil alih PAS dan Hadi elok bersara aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259 ATAU KLIK SITUS KAMI PESUGIHAN TAMPA TUMBAL NYATA

      Padam
  2. PAS tidak boleh diselamatkan lagi dari cengkaman wakil-wakil UMNO.

    BalasPadam
  3. Pas perlu kembali kpd pembangkang dbwh TITM. Hadi wajib bersara...terlalu lma dn tiada idea baru dr hadi.
    Hadi ptut rehat dMarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas Terengganu dirampas Umno tahun 2004 dulu, patutnya Hadi dah letak jawatan presideng.
      Tapi kerana budaya politik tak malu, dia masih lagi bergayut kat jawatan tu hingga kini.
      Letakkan lah jawatan Presideng parti wahai Lebai!!

      Padam
  4. Presiden yang JAHIL tu tendang buang je... terlalu bodoh. Tuan Ibrahim mesti bertindak sekarang juga. Presideng cap ayam yang ada sekarang sedang membawA Pas masuk lubuk....

    Yang Abodoh seorang lagi tu juga wajib ditendang keluar. Ptuih!!

    Hidup Tuan Ibrahim ,,,,!!!

    BalasPadam
  5. Ha2....begitu la pas di bawah hadi.....nampaknya titm
    X walaq....wajib dibuang ..ki3

    BalasPadam
  6. Sapa pun dlm pas Tak leh pakai..Tak yah dok awronok apa pun
    .tu parti depa..dok sorang2

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA