Sabtu, 24 Jun 2017

Hadi bantah campur tangan asing dalam skandal 1MDB

Bermula dengan kejatuhan kerajaan Melayu Islam Melaka, membawa kepada tindakan mahkamah asing ke atas 1MDB, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sejarah mengajar bahawa campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.
Oleh itu, Abdul Hadi berkata mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik adalah “tidak beriman dan budiman”.
“Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing supaya mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihan raya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman,” katanya menerusi surat terbuka yang ditujukan kepada semua parti politik hari ini.
Menurut Abdul Hadi, segala skandal dan kemelut negara perlu diselesaikan secara dalaman, tanpa mengira betapa buruknya sistem dalaman itu.
“Jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.
“Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.
“Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,” katanya.
Skandal 1MDB sekali lagi menjadi tajuk utama antarabangsa dua minggu lalu apabila Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari firma dana pelaburan negara itu.
Antara lain, tuntutan baru itu mendakwa AS$620 juta yang didakwa dipulangkan oleh “Malaysian Official 1 (MO1)” kepada "penderma" sebaliknya disalurkan kepada hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.
Low kemudian didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membeli kalung berlian merah jambu bernilai AS$27.2 juta untuk isteri MO1.
Minggu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nberkata mereka tidak akan menyiasat dakwaan itu dan melepaskan tanggung jawab tersebut kepada polis.
Sementara itu, pihak polis berkata mereka tidak akan mengganggu kes sivil yang dibawa oleh DOJ.
Selain DOJ, Suruhanjaya Penyeliaan Sektor Kewangan Luxembourg (CSSF) Rabu lalu mendenda bank swasta Edmond de Rothschild sebanyakEUR8.985 juta (RM43 juta) atas kelalaian peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram membabitkan urusaniaga 1MDB.

12 ulasan:

  1. Adakah lebai pas semua setuju dgn pandangan tuang presideng? Apa dah jd dgn amanah hj hadi. Seronok nek rosmah dengar defense hadi ni...

    BalasPadam
  2. Mamat pil kuda ni sedor dan faham ka apa yg dicakapnyer...nampak sgt taak faham dia ttg kes 1MDB ni.....tak tahu ker perangai dan perbuatan najib dan ummo/bn yg bernafsu rakus dan gelojoh nk kaya cepat yg mengundang idea utk amerika melaksanaka undang mereka keatas 1MDB....kerana pencerobohan wang haram yg dihasilkan oleh najib dan kuncu2nyer telah mencemar imej amerika itu....cthnyet ko mahu ker negara malaysia ini jd pusat wang rompakan yg cuba dibersihkan.....sedangkan wang judi yg haram pun ko bising.....begitu jugalah amerika.....tak faham lebih diam....jgn tunjukkan kebodohan anda.....

    BalasPadam
  3. Mr presideng si Lebai Marang tu, mungkin tak faham selok-belok tindakan DoJ tu.
    Bukan dia sorang je. Rasanya ramai lagi berfikiran macam mr presideng tu duduk bersarang dalam parti tu. Sebab itu lah, kita belum dengar lagi ulasan jitu drp para lebai cap bulan dalam hal ni

    BalasPadam
  4. Dlm islam kita tidak boleh mengkafirkn org....dan itu jadi amanat. Adakah itu dibolehkan. Dan hgga hr ini, tuan presideng tidak kuar satu statmnt pun, meminta maaf kpd org umno.
    Tidak timbul satu perkara pun bkaitan campur tangan asing. Org yg bodoh nmpk benda tu mcm campur tangan asing. DOJ kuar statmnt sbb Pengubahan wang haram berlaku dAS...dn DOJ kuar statment. Yg anak tiri NR dn Jho Low sebat duit rakyat, hadi xckp apa2 pun...gua respect Tuan Ibrahim yg melihat dr sudut rakyat.
    Dah smpi masanya Hadi letak jwtn dn ganti org baru...
    Muak aku bca klu hadi kuar statment..

    BalasPadam
  5. Bodo...org bodo ckp..nama Saja ulamak..bodo..doj Ni lwn rasuah bkn campuq tgn..dah Pening mkn dedak..Ni Duit rakyat la haji penyamun

    BalasPadam
  6. Aku xleh terima seorg presiden bckp spt tidak ada kewarasan. Dah terang lg bersuluh...inikan pula isu beso. Sengal, dungu dn dangkal seorg yg bckp sedemikian rupa demi 90J.
    Dulu mengkafirkn org....skrg isu 1Mdb bukan isu besar...bangang dan patut dok runah kira duit 90J tu..

    BalasPadam
  7. Meluat dn menyampah klu hadi kuar kenyataan.
    Aku suka statment spt TITM... berckp demi rakyat

    BalasPadam
  8. Org ganu byk pandai2..yg Ni bodo piang..buang la serban tu bagi berat pala.. sampai Tak leh pikiaq..buat malu ke serban tu..org pakai serban Ni geng rasulullah..baginda tidoq tak.lena sbb termakan kurma jumpa .. sebijik Saja tu..ulamak bodo..tu Ada yg dok sokong..yg sokong pun bodo..

    BalasPadam
  9. Pi.mkn tail la..buat malu Islam Saja..pui..tui.. preeetttt preeetttt

    BalasPadam
  10. Ada org komen kesian kat hj hadi dah jd begini. Aku lebih kesian kpd penyokong totok dia dan para walaun yg tak berbelah bagi.

    BalasPadam
  11. Time for hadi to resign, seem senile and doesnot speak for the rakyat. tuan ibrahim should take over the pas presidency.

    BalasPadam
  12. Tak peduli negara jahanam. Janji puas nafsu serakah

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA