Sabtu, 3 Jun 2017

Fitnah Liwat 2: Nazri tepis dakwaan Shafee dibayar RM9.5 juta

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menepis dakwaan yang berkisar mengenai peguam Tan Sri Shafee Abdullah menerima bayaran sejumlah RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bayaran tersebut dikatakan dilunaskan semasa perbicaraan kes liwat kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya tidak percaya. Mengapa Najib kena bayar? Kerajaan perlu bayar (Shafee) bukan Najib. Sarawak Report tiada kredibiliti," kata Nazri kepada Malaysiakini.
Nazri yang merupakan bekas menteri undang-undang juga menolak apabila ditekan sama ada senario itu - jika benar - akan memberi kesan kepada keputusan perbicaraan Anwar.
"Tidak, tidak sepatutnya. Satu-satunya perkara yang boleh mengubah keputusan ialah jika hakim merasakan berbaloi.
"Ia bukan seperti jika kamu bayar RM10 juta (kepada pendakwa) maka perbicaraan akan menjadi cepat, jika kamau bayar RM5 juta, perbicaraan menjadi perlahan," jelas beliau menambah pendakwa dibayar untuk mendakwa.
Kata Nazri, beliau tidak tahu jumlah bayaran kepada Shafee.
Sebelum ini, kerajaan memberitahu Parlimen bahawa Shafee dibayar bayaran sebanyak RM1,000 untuk bertindak sebagai pendakwa utama dalam kes itu.

3 ulasan:

  1. Nazri patut sokong dan menyeru polis supaya siasat dakwaan SR itu. Baru gentleman. Jgn terus nafi.

    BalasPadam
  2. Nazri...dengkilah tu...tak dpt menerkma kenyataan yg shafie dpt rm9.5 juta....hihihi

    BalasPadam
  3. Najib pun tak jawab....dia pandai2 pulak buat cerita.....bangang dan bahalol si samseng najib ni....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA