Selasa, 20 Jun 2017

Felda perlu dipulihkan semula sebelum tenat


Logo felda

Perdana Menteri digesa merehatkan Tan Sri Isa Samad daripada memegang sebarang jawatan dalam agensi, porffolio kerajaan atau GLC sehingga siasatan menyeluruh dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan jawatankuasa siasatan yang diketuai Datuk Seri Idris Jala selesai.
Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud berkata, siasatan dilakukan oleh SPRM dan Idris selaku pengerusi baharu Felda Global Ventures Berhad (FGV) perlu adil dan menyeluruh tanpa sebarang kepentingan pihak tertentu.
"Siasatan perlu adil dan menyeluruh “without fear or favour". Namun apa yang di kesali beliau terus di anugerahkan jawatan kerusi empuk di SPAD (Suruhanya Perkhidmatan Awam Darat) tanpa melihat rekod beliau yang lalu yang nampaknya lebih banyak buruk dari baiknya.
"Dengan keluarnya Tan Sri Isa Samad dari bayangan FELDA mahupun FGV, di harapkan Tan Sri Shahrir Samad dan Tan Sri Sulaiman Mahbob dapat bekerjasama dengan sebaiknya untuk memulihkan Felda mahupun FGV supaya kembali kepada tujuan asal penubuhan Felda, memajukan serta mengembangkan teras perniagaan Felda.
"Cukuplah rakyat terutamanya peneroka menderita akibat kerakusan segelintir pihak, Felda bukan milik sesiapa, FELDA adalah milik peneroka dan negara," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Wan Rohimi Wan DaudSemalam Isa dilaporkan 'mengundurkan diri' daripada jawatan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas FGV dan kemudian dilantik sebagai pemangku Pengerusi SPAD.
Wah Rohimi berkata, pertikaian di antara Isa dan Datuk Zakaria Arshad (Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden FGV) terutamanya membabitkan urusniaga Delima Oil Products Sdn. Bhd. hanya sedikit daripada segala permasalahan yang berlaku di dalam Felda dan FGV.
Ujarnya lagi, isu Felda Carviative Sdn. Bhd. (FCSB) yang membabitkan projek penternakan ikan sturgeon bernilai RM 146.25 Juta dengan syarikat penternakan ikan sturgeon dari Korea Selatan, isu pembelian hartanah luar negara dalam jumlah besar dan banyak lagi isu yang membabitkan kepincangan pengurusan Felda terutamanya semasa Isa menjadi Pengerusi Felda dan FGV juga perlu di siasat
sedalam mungkin.
"Felda dan FGV harus di pulihkan sebelum tenggelam ke dasar, ramai yang bergantung harap agar Felda dan FGV kembali menyinar.
"Tan Sri Sulaiman Mahbob yang telah di pilih untuk menerajui FGV oleh Perdana Menteri perlu menggunakan pengalaman serta kepakaran yang beliau di dalam dunia korporat untuk memulihkan semula FGV dan meyakinkan semula pelabur untuk terus melabur di dalam FGV.

"Walau kami tidak pernah bersetuju FGV di senaraikan di Bursa Malaysia, namun usaha harus di lakukan untuk menyelamatkannya dari terus mengalami kerugian.
"Dengan kejatuhan harga saham FGV yang cukup besar iaitu harga tawaran IPO sebanyak RM 4.55 seunit dan harga semasa seunit sebanyak RM 1.84, sebenarnya FGV sudah kerugian berbillion ringgit dengan perbezaan ketara harga seunit saham sebanyak RM 2.71 seunit, kejatuhan melebihi 50 peratus dari harga tawaran asal saham FGV.
“By hook or by crock" FGV sendiri perlu di pulihkan sebelum Felda sendiri tiada nilai dan menanggung liabiliti yang besar akibat kepincangan FGV.
"Namun sebenarnya yang rugi ialah peneroka, masa depan mereka dengan sendirinya terkait dengan FGV akibat penyenaraian FGV di Bursa Malaysia," ujarnya.

2 ulasan:

  1. Spad pula perlukan pengerusi yang muda, cemerlang rekod perkhidmatan dan bertakwa kpd Allah. Cth dato Zainal mantan ceo proton.

    BalasPadam
  2. Biaq Lingkup..mmg dah Lingkup..depa Punya Kita Tak boleh buat hapa...Tok sah kisah..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA