Ahad, 11 Jun 2017

Era Anwar sudah berakhir, sembang Utusan Malaysia


Era Anwar sudah berakhir, kata Utusan Malaysia
'Kempen Bebaskan Anwar' di Mahkamah Tinggi Jalan Duta tidak mendapat sambutan daripada penyokong Anwar Ibrahim dan ahli PKR. 
USAHA PKR untuk menghimpunkan ahlinya bagi menyokong ketua pembangkang dipenjarakan Anwar Ibrahim semasa "Kempen Bebaskan Anwar" di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada Jumaat tidak mendapat sambutan.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dalam satu ruang komentar berkata, hanya 50 orang hadir di mahkamah, walaupun parti itu menyasarkan ribuan penyokong daripada cawangan mereka di sekitar Lembah Klang.
Menggunakan nama samaran Awang Selamat, ia berkata keadaan itu memberi mesej jelas yang kempen itu ditolak oleh rakyat dan tidak lagi mendapat sokongan ahli PKR.
"Ia jelas yang jenama Anwar sebagai pemimpin politik terjejas teruk kerana perbezaan pendapat dan hubungan sumbang dengan DAP. Era Anwar sudah berlalu."
Awang berkata ini diburukkan lagi dengan PAS, yang menyokong Anwar, memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP.
Awang berkata perkembangan baru itu petanda buruk bagi Anwar dan PKR serta realiti yangberubah.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat, hukuman yang didakwa pembangkang berdasarkan tuduhan yang direka pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.
Hukuman penjara membatalkan kelayakan beliau untuk bertanding selama lima tahun kecuali mendapat pengampunan diraja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA