Isnin, 5 Jun 2017

Ekoran Shafee terima RM9.5 juta dari Najib, Siasatan Segera Perlu Dijalankan

Pendedahan Sarawak Report bahawa Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak telah menyalurkan sejumlah RM9.5 juta ke akaun peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan amat mengejutkan semua pihak.
Saya melihat budaya 'zipped-mouth' telah menjadi budaya politik Najib dan UMNO, mana-mana kes yang melibatkan rasuah dan salah gunakuasa mereka, mereka akan senyap seribu bahasa.
Bayaran jutaan ringgit tersebut menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap integriti pihak Pendakwaan dan kebebasan badan Kehakiman kerana Tan Sri Shafee adalah peguam yang dilantik Peguam Negara terdahulu bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan pertuduhan liwat 2.0 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 5 tahun.
Isu yang sebegini serius harus disiasat pihak Polis kerana Tan Sri Shafee mempunyai percanggahan kepentingan dalam kes tersebut dan ia menimbulkan spekulasi negatif kerana dibimbangi boleh mencemar ketelusan dan keadilan keputusan rayuan tersebut.
Saya pada bersetuju dengan Faiz Fadzil bahawa Bar Council perlu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Tan Sri Shafee berhubung dakwaan ini bagi membersihkan nama baik profesion ulung ini. Menjunjung prinsip bahawa keadilan perlu dilihat dilaksanakan, peluang untuk Tan Sri Shafee untuk memberikan penjelasan yang positif dan konkrit harus diberikan.
Bukti bertulis yang didedahkan Peguam Negara pada 27 Januari 2016 bahawa Perdana Menteri telah menerima wang daripada SRC International adalah kes prima facie wujudnya salahlaku jenayah pecah amanah oleh Perdana Menteri.

Sewajarnya pihak Polis, SPRM dan Peguam Negara mengambil langkah segera agar siasatan dapat dijalankan di bawah pelbagai undang-undang jenayah termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap semua individu atau organisasi yang telah dibayar oleh Perdana Menteri daripada wang SRC ini.
Jika siasatan tidak dibuat dengan segera, maka keyakinan rakyat terhadap badan-badan semak-imbang ini akan terus terhakis, kredibiliti Malaysia juga akan terhakis. Bertindak segera atas laporan Sarawak Report.

YB. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Parti Amanah Negara

1 ulasan:

  1. Siapa nak siasat? Pembangkang hanya boleh buat bising.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA