Khamis, 1 Jun 2017

Dr Mahathir gesa golongan muda ambil bahagian ganti kerajaan baru

DR Mahathir Mohamad menegaskan tindakannya terus melibatkan diri dengan politik atas dasar sayangkan negara dan untuk menyedarkan golongan muda serta mengambil bahagian dalam usaha mengganti kerajaan baharu yang lebih baik.
Beliau berkata demikian dalam wawancara secara langsung di Facebook pagi ini.
"Sebab saya insaflah saya memberi tumpuan kepada negara kita. Kalau saya lepas tangan, saya dapat rehat yang banyak sekarang.
"Lagipun, ramai yang datang berjumpa meminta saya buat sesuatu. Sebab itu saya libat secara langsung untuk berbuat sesuatu," kata bekas perdana menteri yang kini berumur 92 tahun.
Beliau menjawab soalan daripada moderator rancangan itu tentang tuduhan daripada pelbagai pihak termasuk gesaan agar beliau insaf, kembali menjaga cucu dan menghabiskan usia tua di tikar sembahyang.
"Sebab saya insaflah saya campur tangan," katanya yang kini menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan berusaha bersama rakannya dalam Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan Najib Razak.
Dalam wawancara itu juga, Dr Mahathir melahirkan harapan agar golongan muda di negara ini dapat merealisasikan impian menukar kerajaan yang ada agar tidak mewarisi negara yang hancur lebur.
"Mereka akan mewarisi negara ini. Sudah tentu mereka tidak mahu mewarisi negara yang hancur lebur.
"Sebab itu mereka perlu mengikuti perkembangan negara sekarang dan berbuat sesuatu.
"Pastikan perosak tidak boleh teruskan perintah negara selepas pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA