Selasa, 13 Jun 2017

Dicengkam masa sukar, keluarga ikat perut sambut Raya...pemimpin terus bermewah..!!!

MENGHENTIKAN amalan “rumah terbuka”, membeli pakaian baru daripada kedai pakaian terpakai malah terpaksa tidak pulang balik kampung setahun sekali.
Ini adalah antara tindakan yang terpaksa diambil keluarga berpendapatan rendah dan sederhana yang cuba mengurangkan belanja semasa hari raya, ketika kenaikan kos sara hidup semakin mencengkam.
Indeks Harga Pengguna (CPI) Malaysia pada bulan April dicatatkan pada 4.4%, meningkat berbanding tahun lepas kebanyakkannya disebabkan peningkatan 16.6% indeks pengangkutan.
Laporan bulanan CPI yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan juga mencatatkan peningkatan untuk pengangkutan (+16.7%), makanan dan minuman bukan alkohol (+4.1%), perkhidmatan rekreasi (+3%), kesihatan (+2.8%), restoran dan hotel (+2.4%), dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.2%).
The Malaysian Insight menemubual empat keluarga bagi mengetahui bagaimana mereka menguruskan bajet mereka untuk sambutan hari raya tahun ini.
Keluarga pendapatan sederhana empat anak (pendapatan isi rumah: < RM10,000)
Afifa Daud, ibu kepada empat orang anak berusia antara tujuh hingga 11 tahun, dan suaminya mula menyimpan lima hingga enam bulan sebelum hari raya.
"Biasanya saya menyimpan awal. Kena ada sekurang-kurangnya RM5,000 untuk persiapan raya sederhana. Itu sebab kami ana-beranak mengamalkan budaya menyimpan untuk elakkan dari tertekan dekat raya nanti," katanya yang menguruskan pusat tuisyen bersama suaminya.
Beberapa perubahan dalam perbelanjaan dilakukan mereka termasuklah memasak di rumah, membeli pakaian baru lama sebelum bulan puasa bagi mengelakkan harga melambung tinggi dana membeli belah di kedai barangan terpakai.
Anaknya juga diberitahu untuk cuba menyimpan RM2 daripada duit belanja harian RM5 mereka, supaya mereka boleh membeli pakaian baru hari raya untuk diri sendiri.
Afifa juga berkata keluarganya sudah mula berjimat sejak dua tahun lalu, memandangkan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur mula mengurangkan simpanan mereka.
“Kami tidak lagi menggunakan perkhidmatan pembantu rumah dan anak saya pula dulu saya (umur tujuh tahun) hantar taska tapi sekarang lepas sekolah saya bawa di pusat tusyen.
“Sudah tiga tahun kami tidak pulang beraya kerana kos seminggu pulang ke kampung mencecah RM3,000. Ini termasuk petrol dan homestay kerana rumah di kampung kmai tidak boleh menampung semua keluarga yang pulang beraya. Jadi kami perlu sewa homestay bila balik kampung,” jelasnya mengenai kos yang terlalu mahal untuk pulang ke kampung halaman di Kedah dan keluarga mentuanya di Perak sewaktu musim perayaan.
“Tapi kami akan balik ke kampung pada bukan hari raya. Dan untuk ‘open house’ pula kami hanya akan adakan untuk keluarga terdekat sahaja,” katanya lagi.
Ibu tunggal enam anak (pendapatan isi rumah: RM3,000)
Sambutan hari raya tahun ini tidak semeriah berbanding tahun sebelumnya untuk ibu tunggal Nurulazila Ismail, 39 tahun yang mempunyai enam orang anak berusia antara enam hingga 16 tahun.
“Hari raya tahun ini tidak semeriah lalu,” katanya yang bekerja sebagai tutor pelajar sekolah menengah dan sudah bercerai sejak enam tahun lepas.
Nuruazila memperolehi kurang daripada RM3,000 sebulan dan menerima bayaran zakat sebanyak RM300 sebulan.
Jumlah pendapatannya tidak mencukupi untuk menyara keluarganya. Dia membayar RM1,300 sebulan untuk sewa rumah dan membayar pinjaman keretanya.
“Saya tengok dari bulan satu sampai bulan empat dah asingkan (duit) untuk raya – hiasan rumah, kuih, baju anak-anak memang tak cukup. Berbeza dengan tahun lepas,” katanya sambil menambah yang dia memperolehi tambahan RM500 bulan ini kerana menjual kuih raya.
Tetapi dengan pendapatan tambahan itu pun, dia terpaksa menolak membuat rumah terbuka.
“Saya terpaksa sebab bila ada budak-budak faham-faham sajalah. Macam-macam yang perlu kita sediakan. Jadi saya dah cakap pada anak saya awal-awal tahun ini kita yang datang beraya ke rumah orang,” katanya.

Bagi penjual nasi lemak Nuratikah Nadarajah, 47, yang menetap di Brickfields, Kuala Lumpur kenaikkan kos sara hidup memeritkan hidupnya dan bajet raya turut meningkat. . – Gambar The Malaysian Insight, 13 Mei, 2017
Bagi penjual nasi lemak Nuratikah Nadarajah, 47, yang menetap di Brickfields, Kuala Lumpur
 kenaikkan kos sara hidup memeritkan hidupnya dan bajet raya turut meningkat. .
Keluarga pendapatan sederhana anak empat (pendapatan isi rumah: RM3,000)
Sharifah Azlin Syed Zaki, 41 yang mempunyai empat orang anak dalam lingkungan lapan hingga 19 tahun turut mengurangkan bajet raya tahun ini dan anak sulungnya terpaksa menampung perbelanjaan raya sendiri.
“Sudah bermacam-macam cara kami buat untuk ‘cut cost’. Dulu bajet baju untuk semua anak saya RM2,000. Tahun ini kami 'target' kurang dari jumlah tersebut. Malahan anak saya yang 19 tahun juga bekerja pada cuti semester dia.
“Macam saya sendiri sambil bekerja saya berniaga ‘online’.” katanya.
Sharizah bekerja sebagai pentadbir manakala suaminya seorang pereka dapur berkata banyak langkah jimat cermat yang dilakukan keluarga seperti menyimpang sebelum ketibaan bulan puasa, membeli di kedai yang lebih murah dan mengadakan rumah terbuka untuk keluarga dan jiran terdekat sahaja.
“Kalau dulu baju jalan anak-anak (baju kasual raya) kami akan beli di Sogo tapi saya perasan sekarang Sogo pun dah mahal. Jadi saya beli di tempat lain dengan potongan harga lebih murah.
“Macam baju raya anak (tradisional), biasanya saya beli pada malam raya sebab harga akan turun," katanya lagi.
Selain itu perubahan harga minyak yang berubah setiap minggu juga memberi kesan kepada perancangan balik kampungnya.
“Saya dan suami runsing dengan harga barang yang naik mendadak, dengan harga petrolnya lagi tiap-tiap minggu berubah. Kami tak dapat nak jangkakan. Sebelum balik kampung kena isi minyak. Nak balik kampung pun berkira-kira dengan kos petrol dan tol lagi,” katanya.
Keluarga pendapatan rendah dua anak (pendapatan isi rumah: < RM2,000)
Penjual nasi lemak Nuratikah Nadarajah, 47 tahun pula memperolehi kurang daripada RM2,000 sebulan mengatakan kenaikkan kos sara hidup memeritkan kehidupanya.
"Bajet seorang anak kalau dulu RM60 dah boleh beli (sepasang baju) tapi sekarang RM150.,” kata emak anak dua yang tinggal di Brickfields, Kuala Lumpur itu.
Seperti banyak keluarga Malaysia yang lain, Nuratikah bergelut untuk menampung kehidupan dengan kenaikkan kos sara hidup, yang disifatkan sesetengah pihak kerana pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Tetapi dengan situasi macam ini, kita jual makanan jadi makan apa saja yang ada. Kena pandai-pandai (bajet)," katanya.

1 ulasan:

  1. Yg sedihnya, lepas ini terus kekalkan kerajaan umno/bn. Mampus la.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA