Isnin, 12 Jun 2017

Cukai Pelancongan, Apa Tujuan ?

Oleh Zaharin Mohd Yasin
Nazri Aziz adalah kawan saya, sejak mula dilantik jadi Exco bawah 30 tahun di tahun 1978, saya dilantik oleh beliau duduk berbagai Biro Pergerakan Pemuda UMNO yang akhir Biro Antarabangsa beliau menjadi Pengerusinya sehingga tahun 1995, walau pun saya tidak ada apa-apa jawatan dalam peringkat Pemuda UMNO Bahagian.
Beliau seorang yang macam itu di zaman mudanya.. garang dan berprinsip. Masa saya diarah oleh Anwar Ibrahim untuk dibuang sebagai Setiausaha Biro Kebajikan dan Agama, dimana Pengerusi Ustaz Dato Dasuki Hj Ahmad dan masa yang sama, saya juga ahli Biro Buruh dan Undang-Undang, Ustaz Dasuki Ahmad memberhentikan saya.. tetapi Nazri Aziz mengekalkan saya dalam Bironya dan dia berkata.. 'aku punya Biro, aku punya sukalah siapa aku nak lantik'. Itulah ketegasan Nazri Aziz yang saya kenal. Dia peduli apa dengan Anwar Ibrahim masa itu Ketua Pemuda. Jika dia hari ini membelasah seorang Menteri Sarawak atas sebab tidak buat kerja rumah@homework. Itu adalah cara dia. Menteri Sarawak itu bukan sahaja setahun jagung tetapi dalam masih proses belajar bagaimana menjadi Menteri.
Soal cukai perlancungan yang dikenakan kepada Hotel bukan bertujuan untuk hasil Kerajaan Persekutuan dalam perkara membayar gaji dan pembangunan. Kutipan cukai itu bertujuan menampong kos isu-isu perkara pelancongan. Selama ini hasil kehadiran pelancong terlalu sukar digunakan untuk kemajuan pelancongan satelah masuk ke akaun wang yang disatukan oleh Kerajaan Persekutuan.
Sebilangan besar hasil pelancongan di nikmati oleh rakyat saperti kedai2 dalam komplek, pengusaha syarikat travel, restoran dan sebagainya.. semuanya tidak dikembalikan atau dapat digunakan oleh Kementerian Pelancongan kerana wang itu bernama GST dan Cukai Perkhidmatan.

Bagaimana untuk menampong kos pemasaran.. wang iklan, papan2 tanda iklan distinasi pelancongan?.. Program-program pelancungan dan berbagai aktiviti lagi dalam sektor pelancongan, dimana Kementerian Kewangan macam 'tahi hidung kering' hendak mengeluarkan wang bagi tujuan pembangunan sektor pelancongan..
Begitu juga tidak semua PBT@pihak berkuasa tempatan yang memberikan peruntukan bajet kawasan pelancungan dalam kawasan kawal selia mereka, jika ada penglibatan PBT hanya dalam pembersihan sahaja.. Bagaimana dengan kemudahan saperti bilik air, kerusi dan dan kemudahan lain sebagainya?
Saya pernah pergi ke Kuala Pahang, pintu masuk ke Gunong Tahan dan Taman Negara. Apa yang ada kemudahan untuk pelancong?.. Jeti sahaja.. Malah untuk membuat jejambat bagi kemudahan pelancong menyeberang sungai terus ke Hotel pun tidak mampu.. Kedai cenderahati pun tidak dapat diadakan.. atau komplek yang lengkap sebagai distinasi pelancongan. Nak salahkan Kerajaan Pahang?
Maka dengan kutipan hasil ini, nanti Kerajaan Pahang dapat menuntut dengan Kerajaan Persekutuan sebahagian wang hasil tersebut digunakan bagi menyelasaikan beberapa isu program dan pembangunan pelancungan di Negeri Pahang. Bukan itu akan memberi faedah kepada rakyat dan negara.
Maka dengan ini, saya menyokong keputusan Kerajaan Persekutuan mengadakan atau mengenakan cukai pelancungan dihotel. Sekian Terima Kasih.
Bandar Sri Permaisuri.

1 ulasan:

  1. Kalau lagu tu ..buat la cukai stadium, cukai pantai, cukai basikal, cukai sunfai, hutan, selam, dah semua perlu utk promosi, gomen Tak payah Ada la cam tu, tu la bagi org bodo jaga, yg bila dok hotel bayaq GST, shopping, mkn minum GST tu buat apa, budget byk Mana Lansing..bukan nya mahai promosi, tapi Mahai Jaga kementerian tu, promosi sikit aja..tapi perbelanjaan nak promosi tu yg hg oa sapu..Cakap aja Tak reti..bg org yg reti

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA