Isnin, 5 Jun 2017

Batal atau kami akan demo besar-besaran depan gereja ugut PAS

PAS Melaka mempertikaikan mengapa acara seperti itu diadakan di Melaka sedangkan penganjur tahu isu Israel sensitif di negara ini.
VIDEO INSIDE
Kamaruddin-SidekPAS Melaka memberi kata dua kepada penganjur satu perhimpunan gereja di Melaka untuk membatalkan acara itu sekiranya tidak mahu berdepan dengan tunjuk perasaan besar-besaran.
Pesuruhjaya Kamaruddin Sidek berkata acara itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan boleh mengugat keharmonian negara.
“Kenapa mereka pilih Melaka? Dengan komposisi kaum 64% Islam dan Kristian tak sampai 4%, dan program itu dibuat di bulan Ramadan. Kemudian mereka tahu kita dengan Israel ini agak sensitif, tetapi mereka cuba menimbulkan suasana tak harmoni,” katanya.
Susulan itu, PAS Melaka diketuai Kamaruddin membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah, Banda Kaba dan meminta kerajaan mengambil tindakan tegas untuk membatalkan penganjuran program yang dijadualkan berlangsung 15-18 Jun ini.
“Kita sudah tanya kerajaan negeri dan disahkan penganjuran itu tidak sah dan tidak dapat kebenaran,” kata Kamaruddin.
“Sekiranya program itu diteruskan, jadi kita tidak teragak-agak akan buat demonstrasi besar-besaran atas dasar isu agama bukan politik.
“Kita akan buat demonstrasi itu sebelum penganjuran itu bermula bagi tujuan supaya mereka batalkan. Kita akan buat depan gereja.”

1 ulasan:

  1. Kalau umno yang buat demonstrasi ini lagi baik kerana umno lebih kuat pengaruh dari pas.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA