Jumaat, 23 Jun 2017

Bank Edmond de Rothschild didenda RM43 juta dalam kes skandal 1MDB


Bank Edmond de Rothschild didenda RM43 juta dalam kes berkaitan 1MDB
BANK swasta Switzerland cawangan Luxembourg, Edmond de Rothschild menjadi institusi kewangan terkini yang didenda kerana mengendalikan dana yang ada kaitan dengan 1MDB, lapor Reuters.
Pihak berkuasa mengenakan denda hampir €9 juta (RM43.1 juta) terhadap bank itu kerana terbabit dalam pengubahan wang haram.
Badan pemantau Swiss, Finma berkata ia menjalankan siasatannya sendiri terhadap bank itu untuk memastikan sama ada kumpulan itu memenuhi standard anti pengubahan wang haram.
Rothschild menjadi bank Swiss terbaru yang terbabit dalam kes 1MDB, yang tertakluk siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Perdana Menteri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB menafikan sebarang salah laku.
Bank itu terlibat apabila bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC Khadem Abdulla Al Qubaisi, individu utama dinamakan oleh Jabatan Kehakiman AS sebagai terbabit dalam pengubahan wang haram dana 1MDB.
Pada April, 1MDB dan IPIC berpangkalan di Abu Dhabi berkata mereka sudah menyelesaikan kes timbang tara di London membabitkan dua bon yang dikeluarkan syarikat itu.
Bulan lalu, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mendenda bank United Overseas Bank dan Credit Suisse sejumlah S$1.6 juta (RM4.94 juta) kerana terbabit dengan 1MDB.
Tahun lalu, Singapura menarik balik lesen dua bank – BSI Bank dan Falcon Bank – dan mendenda lapan lagi bank lain sebagai S$29.1 juta. Bank itu termasuk BSI, Falcon, DBS Bank, UBS, Standard Chartered Bank, Coutts, Credit Suisse dan UOB.

2 ulasan:

  1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 570juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.

    BalasPadam
  2. Pelik kan? Di luar negara banyak pihak yg teibat dgn 1mdb telah didapti bersalah dan di hukum.
    Anehnya di negara 1mdb berasal, tiada apa² tindakan diambil ke atas salahlaku 1mdb.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA