Ahad, 4 Jun 2017

Apabila buli membawa kepada bunuh diri…

Dr Goh Cheng Leong berkata, ada kes-kes yang jelas di mana membuli membawa kepada pelajar untuk membunuh diri.
dr-goh-buliPETALING JAYA: Seorang ahli psikologi memberi amaran kepada ibu bapa, guru dan penjaga, mangsa yang dibuli boleh berakhir dengan membunuh diri jika mereka tidak mendapat sokongan diperlukan dan jika perbuatan itu berterusan untuk tempoh yang lama.
“Buli, sama ada ia berlaku di persekitaran sekolah atau rumah, menjejaskan harga diri mangsa dengan amat mendalam,” kata Dekan Fakulti Sains Tingkah Laku, HELP University Dr Goh Cheng Leong.
Bercakap kepada FMT, beliau berkata, ada kes-kes yang jelas di mana membuli membawa kepada pelajar untuk membunuh diri.
Goh memberi amaran ini susulan laporan akhbar bulan lalu, seorang murid Tahun 6 terselamat selepas jatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah rendah di Klang.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Alzafny Ahmad, penyiasat ada menemui kerusi di tingkat 3 di koridor yang bersebelahan dengan bilik darjah murid itu.
Polis percaya dia memanjat kerusi itu sebelum terjun.
Alzafny juga dipetik sebagai berkata, murid terbabit ada memberitahu ayahnya yang dia tidak mahu pergi ke sekolah kerana dia tidak dapat bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang lain.
Goh berkata, perbuatan membuli cenderung menjadikan mangsa berakhir dengan perasaan sunyi.
“Buli mengasingkan mangsa dan membuat mereka berasa sangat terasing. Ini boleh menyebabkan mereka membunuh diri, terutamanya jika tahap penderitaan adalah tinggi dan mereka berasa tidak berdaya.”
Ditanya mengenai sebab-sebab sesetengah pelajar menjadi pembuli, Goh berkata: “Terdapat banyak faktor yang berbeza.”
“Pembuli yang berbeza mempunyai sebab-sebab yang berbeza untuk menjadi pembuli.”
“Mungkin benar mereka mempunyai persekitaran yang sukar, sama ada di sekolah atau di rumah atau mereka dibuli oleh diri mereka sendiri.”
“Tetapi apa pun, saya fikir adalah penting, pembuli sebagai individu, mengambil tanggungjawab memilih untuk bertindak dengan cara yang mereka lakukan apabila mereka tidak perlu berbuat demikian.”

Sementara itu, Sangeet Kaur Deo, seorang peguam, yang memberi amaran kepada sekolah-sekolah agar proaktif dalam berurusan dengan pembuli dan mangsa buli berkata, mereka sebaliknya boleh menghadapi tindakan undang-undang.
Menurut beliau, ibu bapa mana-mana pelajar yang dibuli, yang bertindak bunuh diri, mempunyai hak untuk menyaman sekolah di mana kegiatan membuli itu berlaku.
“Anda boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pembuli sendiri, tetapi saya fikir anda perlu menamakan sekolah juga,” katanya kepada FMT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA