Ahad, 11 Jun 2017

Apa Isa Samad mahu daripada Felda?

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) amat bersimpati dengan situasi dialami Ketua Pegawai Eksekutif atau Presiden FGV, Zakaria Arshad, 57, ekoran keputusan Lembaga Pengarah FGV yang dipengerusikan Isa Samad, yang mengarahkan beliau dan tiga yang lain bercuti, sementara menunggu isu tunggakan bayaran penjualan minyak sawit bertapis oleh syarikat Afghanistan, Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP).
Safitex adalah pelanggan utama DOP lebih 20 tahun. Proses pembayaran dan syarat kredit kepada Safitex dilulus dan diguna pakai CEO sebelum Zakaria lagi, dengan syarat bayaran dan terma kredit selama 90 hari selepas produk dihantar.
Zakaria menjadi CEO FGV pada 1 April 2016, adalah tidak adil jika beliau dipaksa memikul tanggungkawab atas isu tunggakan bayaran Safitex; walhal ia sedang ditangani.
Anak yakin ada pertelingkahan antara Isa  dengan Zakaria, dimana beliau dilihat enggan menurut kehendak pihak tertentu yang disebut “pelaburan besar yang tidak masuk akal”.
Untuk rekod, Zakaria adalah mangsa ketiga selepas Dzulkifli Abd Wahab, bekas pengarah besar Felda yang disingkirkan@dipetisejukkan ekoran perbezaan pandangan mengenai penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012.
Dzulkifli disisihkan hingga dihantar bertugas ke luar negara sebelum pencen tahun lalu. Imej Dzulkifli yang tercalar teruk tidak dipulihkan, meskipun dilantik sebagai ahli lembaga pengarah (ALP) Felda dan pengerusi Felda Technoplant Sdn Bhd baru baru ini.
Faizoull Ahmad, pengarah besar Felda yang menggantikan Dzulkifli, adalah orang kepercayaan Isa. Beliau juga menerima nasib yang sama, disingkir dan didakwa SPRM hujung tahun lalu.
Isa adalah pengerusi DOP, seharusnya beliau mampu menghidu masalah lebih awal dan bukan mengambil tindakan di hujung jalan. Sebahagian ahli Lembaga Pengarah DOP juga adalah ahli Lembaga Pengarah FGV.
Anak mendesak perdana menteri campur tangan segera atas kemelut FGV ini.
Kekalkan Zakaria sementara siasatan audit dalaman terhadap DOP ini dilakukan.
Anak berpandangan sepanjang setahun ini, setidak tidaknya, Zakaria berjaya  menurunkan kos pengurusan, kos pengeluaran di peringkat ladang juga menurun, hubungan antara kakitangan FGV (19,000 kakitangan) semakin baik dan perolehan syarikat mula meningkat. Ia boleh diteliti melalui laporan FGV yang dibentang baru-baru ini.

Anak menyambut baik kesediaan Zakaria agar SPRM membuat siasatan, tapi mesti menyeluruh khususnya sepanjang Isa menjadi pengerusi Felda dan FGV!
Adalah menjadi tanda tanya, sejauh mana status laporan mengenai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Isa yang dihantar ke SPRM sejak sekian lama.
Pada masa sama, Anak membidas kenyataan lemah Pengerusi Felda Shahrir Abd Samad mengenai kedudukan Felda selaku pemegang saham terbesar dalam FGV.
Dengan jumlah saham, 33.6 peratus, mesti ada Ahli Lembaga Pengarah Felda dalam FGV. Pengarah besar Felda secara automatik, seharusnya  adalah ALP FGV. Felda boleh memanggil EGM, boleh merujuk kepada “article of association” dan memorandum FGV untuk mengambil tindakan terhadap pengerusi dan mana-mana ALP FGV.
Anak dimaklumkan terdapat tiga nama untuk menduduki ALP FGV dihantar kepada pihak FGV, namun tiada jawapan hingga kini.
Melalui saluran sedia ada, tidak berbangkit soal ketiadaan wakil Felda dalam ALP FGV.
Sejak perlantikan Zakaria sebagai CEO, Anak mengalu-alukan beliau, bukan sahaja sebagai anak peneroka Felda Palong 1, tapi pengalaman luas selama 32 tahun dalam Kumpulan Felda. Seharusnya beliau diberi ruang dan peluang diketika FGV bermasalah.
Hari ini saham FGV terus jatuh, tinggal RM1.66, kejatuhan mendadak yang dipercayai ada kaitan dengan krisis terkini dalam FGV.
Bagi Anak, tindakan serta-merta yang harus dilakukan perdana menteri ialah singkirkan Isa daripada FGV dan apa jua jawatan dalam Felda!
Ayuh perdana menteri, jangan berlengah lagi!

2 ulasan:

  1. Kenapa perlu ada dua pengerusi? Memadai shahrir samad seorang jaga felda. Saya setuju jika isa menarik diri. Lagipun tiada kejayaan felda atau fgv dibawah jagaannya.

    BalasPadam
  2. Berani ker najib...isa pegang kunci cerita dia tangkapp basah dulu...lg
    pun mmg cara umno/bn cuba nk mengalih masalah felda kpd kambing 2 hitam yg terdiri dr sesiapa yg tak bersetuju ngan cara penjenayah2 umno/bn merompak GLC2(KHAZANAH NEGARA)....spt di MAS dulu....mcm2 alasan kununnyer kesalahan kpd MULLER....sebenarnyer mereka penyamun umno/bn nk mengalih kesalahan kpd mamat saleh tu...sebenar mat saleh itu tak bersetuju sbb penyamun2 umno/bn cuber nk cammpur tangan balik dlm pengurusan MAB....penyamun umno/bn mmg tak akan mahu sedar akan perangai mereka yg menjahanamkan MAS dulu....idris jala sebenarnyer hanya mencari duit nk melangsaikan kerugian dgn menjual asset MAS....begitu juga yg dinasihatkannyer kpd najib kini supaya menjual asset negara utk menyelesaikan hutang2 hasil dr kerja2 penyamun umno/bn...itulah keje PEMANDU kini....aku yakin ada asset FELDA yg akan dijual....cthnyer kpd peter sondakh...

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA