Isnin, 19 Jun 2017

ANWAR KEKAL RELEVAN MENDEPANI MASSA

Keputusan mengejut yang diambil Anwar Ibrahim untuk tidak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas PRU 14 ternyata bukan setakat menggegarkan kem Pakatan Harapan malah kini menjadi tanda tanya kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) sendiri setelah berbulan-bulan dimainkan pencacai setia A9 mereka.

Buah catur yang sengaja dilepaskan untuk merobek kesepaduan Pakatan Harapan kini kembali membelenggu BN terutamanya Najib Razak yang terus berada dalam mood defensif dan penafian setelah satu lagi peluru berpandu jarak jauh dari Los Angeles, California diledakkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat tiga malam lepas.
Dengan jiwa besar dan tawadduknya seperti biasa, mana-mana pemimpin yang berangan-angan tinggi mahu menggantikannya sebagai PM sementara kecuali Dr Wan Azizah Wan Ismail kini 'malu alah' dengan penegasan Anwar yang pantas menjerut leher masing-masing tak kira muda mahupun yang lanjut usia.
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang menyambut baik keputusan Anwar sebenarnya bermain sentimen 'test market' sebelum ini tetapi langsung tidak menjangka Anwar mampu menyelesaikan kemelut berbulan hanya dengan titipan sekeping warkah dari Sungai Buloh sahaja.
Tampak keterlaluan tetapi inilah kehebatan seni politik cara Anwar yang kekal relevan merentasi masa yang tidak ramai tahu hatta bekas mentornya, Mahathir Mohamad sendiri yang mengenali luar dalam dan membawa Anwar masuk ke dalam Umno pun tidak menyangka sama sekali keputusan sebegini dilakukannya demi mengukuhkan Pakatan Harapan.
Pemimpin lain yang bercita-cita tinggi kini mula mendiamkan diri setelah melobi di peringkat tertinggi seolah termalu sendiri dengan tindakan Anwar menyatukan semuanya hanya dengan satu nota dalam keadaan kesakitan bahu kanannya masih belum mengendur sejak dikeluarkan dari HKL dua malam lepas.
Isyarat ini juga jelas diperhatikan dengan rapat sosok 'panda kembar' di Sri Perdana kerana berdasarkan semakan di laman web dan portal berita mereka, nampak semacam keliru malah bingung memikirkan apakah sebenarnya yang Anwar mahu sampaikan dari keputusan drastiknya kelmarin.
Pun begitu mereka sebenarnya masih bergelut dengan ratib 'DOJ DOJ DOJ' semata-mata kerana pemimpin Umno yang dirisik malam tadi seakan menutup mulut seolah diarahkan bos mereka agar mencari jalan menjawab dengan segera atau berdepan dengan cemuhan rakyat yang sudah mula terasa mereka ditipu semata-mata.
Buat Anwar, pengorbanan besar yang dilakukannya adalah untuk memberi ruang dan fokus terhadap penerimaan rakyat terhadap Pakatan Harapan sebagai kerajaan menunggu kurang setahun dari sekarang.
Walaupun berdepan dengan keputusan SPR yang tiba-tiba mahu mempercepatkan kes persempadanan semula di mahkamah, Anwar mahu pemimpin di luar pantas menyelesaikan isu tersebut dari menjadi senjata ampuh Najib dan kuncu-kuncunya untuk terus berkuasa.
Prinsip dan pandangan jauh Anwar menjadikan beliau layak secara merit untuk memerintah negara hasil sokongan rakyat terbanyak yang mahukan pemimpin berintegriti dan progresif mengetuai mereka.
Justeru insiden beberapa minggu menjelang PRU 13 yang didalangi Pas yang khianat atas nama agama diharap tidak akan berulang lagi sementelah Pas pula yang kini sudah gila meroyan memikirkan siapa pula yang akan menjadi PM selepas Anwar menarik diri.
Hadi Awang tak perlu lagi bersusah-payah menghantar rombongan 'peminangan' kepada Razaleigh Hamzah sekali lagi kerana mereka juga akan karam bersama bahtera Umno yang cuba dinaiki secara haram melalui tongkang pecah dua tahun lepas.

Isu pengunduran Anwar juga nampaknya mematikan terus modal pencacai Pas di alam siber kerana mereka kini cuma mengulang cerita Langkah Kajang yang memalukan mereka dan video lucah berunsur fitnah disebabkan gagal memperolehi sokongan rakyat seperti yang diakui Nik Abduh anak almarhum Tok Guru Nik Aziz.
Benar, Anwar bukannya maksum seperti Hadi yang dipuja dipuji pewalaknya tetapi jika dibuat perbandingan antara mereka, rakyat sudah pasti ada jawapan di hati kecil mereka.
Bukan jawatan yang dikejar Anwar tetapi masalah rakyat yang menjadi keutamaannya hingga sanggup mengorbankan kesenangan dirinya dan keluarga setelah dipenjara lebih 10 tahun lamanya dalam era berbeza.
Fikirkan kesengsaraan Anwar 18 tahun lalu sebelum berangan-angan tinggi untuk menggantikannya!

1 ulasan:

  1. Manusia merancang dan Allah merancang tapi perancangan Allah adalah terbaik.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA