Sabtu, 10 Jun 2017

Ambiga minta pembangkang elak pertandingan 3 penjuru

Ambiga Sreenevasan tidak yakin Barisan Nasional akan tewas dalam pertandingan 3 penjuru.
ambiga-pakatan1KUALA LUMPUR: Aktivis hak asasi Datuk Ambiga Sreenevasan menasihatkan Pakatan Harapan supaya mengelakkan pertembungan 3 penjuru pada pilihan raya umum ke-14.
Bercakap di forum “Isu berbangkit di Malaysia menjelang PRU-14” di Pusat Legasi Wesley hari ini, Ambiga berkata umum sepakat mengatakan Barisan Nasional akan menang dalam pertandingan 3 penjuru walau apa pun pandangan penganalisis mutakhir ini.
“Saya tak perlukan penghitungan dan tinjauan untuk beritahu saya mengenai bahaya pertandingan 3 penjuru ialah BN akan menang,” katanya.
Beliau berkata pendirian politik dan aspirasi PAS sekarang ini memungkinkan pertandingan 3 penjuru maka Pakatan Harapan tidak perlu menangani PRU-14 dengan hasrat meletakkan calon di semua kerusi.
“Itu bahaya permainan PAS dan Pakatan Harapan perlu mengurangkan bahaya itu.”
Ambiga bagaimanapun berkata Pakatan Harapan masih berpeluang kerana tidak mungkin ramai pengundi di kerusi kawasan bandar akan mengundi PAS.
“PAS tidak akan berjaya di kawasan bandar. Sebelum ini mereka berjaya kerana dinaungi Pakatan dan pengundi memilih mereka dengan harapan mereka akan membantu menyingkir kerajaan. Sekarang keadaan sudah berubah.”
Beliau berkata kehadiran PPBM terbukti memberi kelebihan kepada PH, membayangkan kemungkinan PPBM akan dapat menawan hati pengundi penyokong Umno.
“PPBM berjaya menembusi kawasan yang tidak dapat ditembusi Pakatan Harapan dan perkembangan itu sangat penting kerana selagi perubahan tidak akan berlaku jika gagal tembus kawasan Umno.”

1 ulasan:

  1. PAS boleh berubah jika hadi bersara dari pas dan tuan ibrahim ambil alih. Sejak nik aziz tiada, pendirian pas sudah mengarut.
    Dulu mengkafir menentang umno tapi skrg boleh naik satu kereta dan bot.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA