Ahad, 11 Jun 2017

Amanah Johor kutuk tindakan samseng di bazar Ramadan


Parti Amanah Negara (Amanah) Johor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan pemuda menghalau ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong  dan rombongannya sewaktu edaran kurma di bazar Ramadan semalam.
Aminolhuda HassanPengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata, tindakan itu tidak mencerminkan agama Islam yang menjadi Rahmatan Lil 'Alamin.
"Saya dengan ini menyatakan rasa kesal atas kejadian yang berlaku semalam. Kejadian yang berlaku hampir setiap tahun dalam kawasan Kluang ini sememangnya tidak mencerminkan agama Islam yang menjadi Rahmat Pada Seluruh Alam.
"Dengan berbekalkan apa yang diajar di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW di bulan yang penuh keberkatan, apatah lagi dengan semangat Bangsa Johor yang diimpikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Amanah Negeri Johor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan samseng yang berlaku itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian petang semalam, sewaktu Pakatan Harapan Kluang dihalau dan dimaki hamun oleh sekumpulan pemuda ketika tiba di bahagian gerai menjual pakaian sehingga menimbulkan kekecohan.
Chin Tong bersama-sama ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Tan Hong Pin dan beberapa ahli jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kluang yang diketuai oleh Sheikh Omar Ali.
Chin Tong juga dikasari sehingga cermin matanya tercampak.
Ekoran itu satu laporan polis dibuat berhubung insiden itu di ibu pejabat polis (IPD) Kluang malam tadi.
Aminolhuda juga berkata, Amanah Johor sentiasa komited untuk menerapkan suasana yang harmoni dalam masyarakat tidak kira bangsa dan agama.
"Sebagai ahli parlimen dan Adun bagi kawasan tersebut, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk turun bertemu masyarakat tidak kira bangsa atau agama," katanya yang juga Adun Parit Yaani.

1 ulasan:

  1. Masa hak org islam dihalang puak2 kapir kau kat mana?
    Masa hak org kapir..laju hang ke depan
    Bila.kata balaci au khadam terasa

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA