Khamis, 1 Jun 2017

AIKKK…DAH TAK BOLEH PULAK?

Kata Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, semua pihak terutama Ahli Parlimen bukan Islam tidak seharusnya menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik.
“Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat bagi saya itu tak jadi masalah…(tapi) tak sepatutnyalah kalau guna untuk (tujuan) politik,” katanya.
Aikkk…tak boleh pulak?
Bukankah sejak berpuluh tahun lamanya sebelum ini Pas sudah menggunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik, termasuk khutbah Jumaat di negeri-negeri tertentu juga dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan politik dan menyerang kerajaan?
Untuk menghalalkan tindakan itu, Pas sebaliknya selalu berkata bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
Kenapa pula sekarang Pas kata masjid tidak boleh digunakan untuk ceramah politik?
Sudah tukar ke?
Bagaimana pula dengan masjid dan surau yang masih dikuasai Pas di negeri-negeri tertentu sekarang ini, adakah mereka sudah benar-benar berhenti menggunakannya sebagai pentas politik?
Atau cakap lain, tapi buat lain?

3 ulasan:

  1. Ini tandanya pas dah serabut perut. Tak ada hala tuju dan lupa doh gappo dia kata dulu.

    BalasPadam
  2. Pejuang islam ala parti cap bulan...aku dan geng aku je yg boley. Yg aku tak setuju, tak bley!!!
    Aku pejuang islam, aku sentiasa betul dan yg lawan aku, semua tak betul. Ini laa Politik matang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulkah Politik matang?
      Atau politik malang?

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA