Isnin, 19 Jun 2017

Adakah Isa Samad akan cetuskan ‘huru-hara’ dalam SPAD pula?

KUALA LUMPUR, 19 JUN: Pelantikan bekas pengerusi Felda Global Ventures (FGV), Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengejutkan ramai pihak.
Ini kerana tokoh politik itu sering menimbulkan masalah apabila namanya kerap terkait dalam skandal rasuah dan penyelewengan; terbaru apabila meletusnya krisis FGV melibatkan urus niaga ratusan juta ringgit dengan syarikat luar negara.
Persoalannya, apakah kriteria yang menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus memberi kepercayaan kepada Isa?
“Isa telah buat banyak masalah di FGV dan sebelum itu di Felda. Dia tidak patut diberikan jawatan penting di dalam SPAD kerana ia hanya akan menghakis keyakinan awam terhadap kerajaan.
“Adakah Isa akan terus mencipta lebih banyak ‘huru-hara’ dengan jawatan baru yang disandangnya kini?” soal Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong.
Kebimbangan yang dizahirkan itu kata Chin Tong mempunyai asas kerana SPAD buat masa ini terlibat terlibat dalam beberapa projek mega sama ada secara langsung ataupun tidak.
Antaranya ialah pembinaan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion, projek Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura bernilai RM60 bilion, projek Laluan MRT berjumlah sekitar RM28 bilion dan pembinaan MRT Circle Line berjumah lebih RM20 bilion.
“Adakah wujud sebarang rahsia di mana Isa membantu Najib dalam beberapa perkara yang menyebabkan dirinya terus mampu berada dalam pentadbiran Najib walaupun tidak memiliki sebarang jawatan senior dalam UMNO sejak sedekad lalu?” soal beliau..

Menurunya, sejak SPAD diwujudkan pada 2010, beliau secara konsisten menyeru supaya agensi itu dan pengurusan pengangkutan awam diletakkan lain di bawah Kementerian Pengangkutan dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Saya menyeru Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya bersetuju dengan saya bahawa pengangkutan awam perlu ditadbir urus oleh kementeriannya dan menolak pelantikan Isa sebagai Pengerusi SPAD,” katanya lagi.

2 ulasan:

  1. Siap la spad. Apa pula dia nak korek di sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kapal korek ke? Aku cadang warga spad monitor apa yang isa akan korek dan kalu tak baik, cepat cepat buat bising sebagai langkah pencegahan.

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA