Selasa, 30 Mei 2017

Yayasan Tabung Haji, Umno peruntuk RM15 juta untuk 50 Parlimen...!!!

Yayasan Tabung Haji (TH) dan UMNO memperuntukkan RM15 juta untuk melaksanakan program Ziarah Kasih Ramadan di 50 kawasan Parlimen terpilih bersempena bulan Ramadan tahun ini.
Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata program itu adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan seperti golongan asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.
"Bermula 1 Ramadan, kita telah melaksanakan program ini di empat kawasan Parlimen iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat, Gombak dan hari ini di Shah Alam.
"Sehingga hari ini, seramai 6,500 penerima telah menerima sumbangan berjumlah RM1.2 juta dan ini merupakan tanda keprihatinan TH dan UMNO dalam usaha meringankan beban hidup rakyat," katanya.
Abdul Azeez yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada 1,500 penerima termasuk 750 golongan asnaf di Masjid Raja Tun Uda di Shah Alam, hari ini.
Menurutnya selepas Selangor, program Ziarah Kasih Ramadan akan diteruskan ke negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.
"Sasaran kita bukan hanya untuk rakyat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Kalau sebelum ini TH hanya bertumpu kepada satu-satu tempat tetapi kali ini kita nak ramaikan lagi penerima bantuan," katanya.

2 ulasan:

  1. Salah guna kuasa! Aku sbg peyimpan tabung haji tak redha duit aku digunakan atas nama umno. Tabung haji bukan tabung umno. Islam tak halalkan cara begitu. Tlg tegur pengerusi TH jk dia tak faham Islam sebenar

    BalasPadam
  2. Mamak pelakon hebat ni mmg haramjadah...pembodek tegar 1 malaysia...wakil penyamun umno/bn dlm tabung haji...

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA