Sabtu, 20 Mei 2017

Untuk Melepaskan Jawatan Exco Tidak Perlu Perkenan Sultan

Oleh Mahfuz Omar
1. Jika PAS mahu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor, tidak perlu untuk PAS bersandar pada persetujuan atau arahan Menteri Besar dan amat tidak wajar untuk PAS sandarkan kepada Tuanku Sultan samada perkenan atau tidak.

 Apabila PAS telah memutuskan hubungan dengan PKR atas alasan  PKR telah menentang agenda Islam yang diperjuangkan PAS dan PKR menjadi 'duri dalam daging'  kepada PAS dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar yang lalu,ianya secara jelas membawa maksud  PAS tidak lagi boleh bekerjasama dan berketuakan dengan mana-mana batang tubuh pimpinan dari PKR.

2. 'Sudah terang lagi bersuluh' dalam isu PRK Sg Besar, YAB Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR turun berkempen menyokong calon parti Amanah dan menolak calon PAS.Isu PRK di tempat tersebut juga menjadi alasan PAS untuk putuskan hubungan dengan PKR. Mana mungkin PAS boleh berketuakan Azmin Ali dan PKR untuk sama-sama mentadbir Kerajaan Negeri Selangor..Apakah PAS boleh menerima Azmin Ali dan PKR yang memusuhi PAS.Ini secara tidak langsung jelas menampakan PAS telah istihar Azmin Ali adalah Menteri Besar dari parti yang memusuhi PAS.Jadi apa lagi yang mewajarkan untuk PAS bekerja dan berketuakan musuh PAS.Tiada pilihan kepada PAS melainkan hanya melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri termasuk Exco.

3. Untuk melepaskan jawatan Exco tidak perlu untuk PAS menunggu keputusan MB Azmin Ali atau perkenan Tuanku Sultan. Keputusan MB Azmin Ali hanya diperlukan pada waktu menyenarai pendek nama mana-mana Ahli Dewan bagi perlantikan Exco Kerajaan Negeri untuk diangkat kepada Tuanku Sultan bagi mendapat perkenan dengan mengeluarkan watikah perlantikan. Perkenan Sultan pula hanya diperlukan pada waktu perlantikan.Tidak ada keperluan pun untuk perletakan jawatan Exco memerlukan perkenan Sultan.Apabila jawatan Exco dilepaskan maka berlakulah kekosongan dan jika Menteri Besar merasakan keperluan mengisi jawatan tersebut baru lah nama-nama Ahli Dewan diangkat oleh Menteri Besar kepada Sultan untuk mendapatkan perkenan.Jika MB merasakan tidak perlu diisi dengan kekosongan yang ditinggalkan 3 orang Exco dari PAS,namun Kerajaan Negeri Selangor masih boleh ditadbir dan bergerak dengan jumlah yang minimum.            
        
4. Perletakan jawatan Exco Johor yang tidak mengaku bersalah atas tuduhan rasuah tidak pun dengan mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu. Beliau melepaskan jawatan untuk menjaga imej parti Umno dan hingga kini kekosongan tersebut tidak pun diisi oleh MB Johor. Sebagai ahli biasa dalam parti,saya berpendapat  sewajarnya pimpinan tertinggi PAS menjaga intergriti serta maruah parti agar tidak dilihat 'terumbang ambing' dalam  keputusan yang telah dibuat iaitu "putus hubungan dengan PKR". Amat tidak masuk akal setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR tetapi pada masa sama mahu terus berada dalam kerajaan dan berketuakan PKR yang dilabel sebagai menentang agenda Islam yang dibawa PAS serta menentang PAS dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

 Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena

2 ulasan:

  1. Utk lantik exco baru ganti exco pas perlukan perkenan sultan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ke sebagaimana kata TITM.. nak letak jawatan pun perlukan perkenan As Sultan

      Yang teman tau, untuk perlantikan je memang perlukan perkenan, tapi bila nak letak jawatan, lantak hangpa la nak buat bila2 masa pun dan atas sebab apa2 pun.

      Tak tau la kot-kot atas planet bulan sana peraturannya lain pulak bila melibatkan parti cap bulan ni!! Hehehe

      Takder maruah sungguh pimpinan parti bulan ni!!!

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA