1. TN50 - Insiden tampar. Satu jenayah dan mesti dihukum melalui saluran undang-undang.
2.
Sehari ini kecoh cerita David Teo ditampar Mat Over. Ianya bukan soal
David Teo atau Mat Over. Ianya soal jenayah menampar orang.
3. Lebih parah apabila ada yang mula cerita hal Cina ditampar Melayu.Ini bukan soal Cina atau Melayu. ini soal jenayah.
4.
Inilah masalah kita rakyat Malaysia. Selalu melihat dalam perspektif
yang salah. Sebab itulah kita sahaja satu-satunya negara di dunia ini
yang syarikat milik negara hilang berpuluh bilion ringgit tapi tiada
dakwaan, tiada siapa dihukum kerana ianya bukan jenayah.
5.
Kalau perspektif kita betul TN50 sepatutnya bukan Transformasi Nasional
2050. Ianya lebih tepat menjadi Tanya Najib: 50 bilion mana?
6.
Kalau kita betul-betul mahu negara maju tahun 2050 perkara asas ialah
prinsip "rule of law". Keluhuran undang-undang. Penjenayah mesti
dihukum.
7. Singapura negara maju jauh
tinggalkan kita. Forex mereka jauh tinggi. Ekonomi mantap. Mengapa?
Kerana mereka bersungguh-sungguh pamerkan kepada dunia mereka akan
hukum siapa saja yang lakukan jenayah curi wang walaupun bukan wang
mereka kerana 1MDB syarikat Malaysia bukan syarikat Singapura.
8.
Malaysia juga bersungguh-sungguh tetapi bersungguh-sungguh bukan
menangkap penjenayah tetapi bersungguh-sungguh melindungi penjenayah!
9.
Mat Over mungkin berani melakukan jenayah tampar orang kerana dia
merasakan di negara ini penjenayah boleh lepas bebas. Formula paling
berkesan ialah mainkan sahaja isu bangsa, isu agama - lupalah orang pada
isu jenayah yang sebenar.
10. Dia belajar dari
pemimpin yang lepas bebas dari jenayah mencuri wang rakyat dengan isu
bangsa dan agama. Ramai perasuah hari ini pun mungkin dapat inspirasi
begitu.
11. Bagi orang Islam lupakah kita pada
kisah Saidina Ali memberitahu Saidina Umar Al Khattab setelah Umar
takjub melihat Saad Ibn Waqqas berlaku jujur membawa pulang kesemua
rampasan perang dari Persia diserah kepada Perbendahaan negara. Tiada
satupun diambil untuk dirinya. Kata Saidina Ali kepada Saidina Umar,
mereka jujur kerana belajar dari kamu yang jujur. Kalau kamu sebagai
khalifah tidak jujur dan menyamun pasti jenderal dan orang bawahan kamu
juga jadi penyamun.
12. Kita mungkin tidak lupa
tetapi kita selalu melihat dalam perspektif salah. Kalau perspektif
kita betul dari awal lagi wujud TN50 ianya bukan isu pertanyaan David
Teo. Ianya seharusnya pertanyaan kita semua kepada Najib. Mana hilangnya
hampir 50 bilion duit dalam kes 1MDB?
14.
Makanya yang betul sepatutnya TN50 bukan Transformasi Nasional : 2050
tapi Tanya Najib : 50 billion mana? Barulah nampak jalan kearah membina
negara maju.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah.
Semuanya
cuba ditafsirkan dalam perspektif yang salah dengan keinginan mengaut
laba politik bagi melonggokkan keuntungannya kepada Najib, UMNO dan BN.
Tujuannya, selain mengharapkan kerajaan yang ada terus kekal, barangkali
juga bertujuan menggamit dedak daripada Najib yang mereka ketahui dalam
akaunnya pernah ada wang berbilion-bilion banyaknya.
Dalam
kes David Teo yang ditampar Mat Over, kesalahan Mat Over cuba
dilindungi hanya kerana dia Melayu dan dilihat condong memihak kepada
Najib. Ini sungguh memalukan. Mat Over dilindungi lagi dengan adanya NGO
pro Najib yang membuat laporan polis mendesaknya meminta maaf,
menyatakan beliau mungkin penyokong DAP dan dikatakan barangkali juga
dihantar ke program tersebut oleh Tun Mahathir atau Muhyiddin Yassin
untuk membuat kacau.
Ini
benar-benar kelakar, seolah-olah apa saja jenayah jika dilakukan oleh
Melayu ke atas bangsa lain, lebih-lebih lagi di hadapan Perdana Menteri,
semuanya mesti disokong kerana ia berkaitan bangsa dan salahnya ialah
pihak pembangkang.
Mengapa NGO yang sama tidak mendesak Mat Over meminta maaf kerana bertindak menampar orang lain di hadapan Perdana Menteri?
Percubaan
menjuruskan kejadian itu kepada aspek lain tidak lain ialah kerana
pihak-pihak terbabit berbuat demikian dengan tujuan mengharapkan
perhatian Najib dan mudah-mudahan gugurlah dedak kerananya.
Di
Johor Bahru sebelum ini juga begitu, walaupun perkara itu akhirnya
didamaikan secara baik, pada peringkat permulaannya sudah wujud
percubaan mengaitkan kelakukan pemandu kereta berbangsa Cina itu dengan
amalan politik DAP yang didakwa telah menyemaikan politik perkauman dan
kebencian selama ini.
Sebagai
orang Islam, saya juga kadang-kadang kecewa dengan sikap orang kita
ketika Jumaat. Ada di antara mereka bukan saja datang lambat, tetapi
kemudian meletak kereta sesuka hati dan selepas itu mencelah-celah pula
di laluan jemaah yang sesak untuk menuju saf paling hadapan sekali.
Mereka
tidak peduli soal disiplin dalam kehidupan. Sudahlah meletak kereta
sesuka hati dan kemudian mencelah-celah untuk sembahyang di saf paling
hadapan, mereka yang terbabit juga selalunya paling lewat keluar masjid
kerana berdoa dan melakukan dua tiga sembahyang sunat terlebih dahulu.
Mereka
seperti lupa tentang kereta yang mereka letak sesuka hati tadi yang
mungkin menganggu jemaah lain yang perlu pulang segera ke pejabat atau
kerana ada urusan lain yang mahu dibereskan selepas itu.
Tidak
salah, bahkan digalakkan jika ingin duduk lama dan beramal sunat
banyak-banyak di masjid pada hari Jumaat. Tetapi, datanglah lebih awal,
letakkan kereta di tempat yang sesuai serta tidak menunjukkan perilaku
yang menganggu orang lain.
Bukankah Islam itu indah? Maka, tunjukkanlah keindahan itu melalui perilaku kita sebagai penganutnya terlebih dahulu.
Dalam
kes buku Hannah Yeoh pun lebih kurang sama, ia adalah buku kisah
peribadinya dalam beragama. Sudah tentu beliau ingin menunjukkan
agamanya memberi kebaikan kepada kehidupannya.
Lagi
pun ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Jika buku itu salah dan didakwa
menghasut, pula dengan kerajaan sendiri yang membenarkan Injil dalam
bahasa Melayu untuk edaran di Sabah dan Sarawak?
Semua
yang berlaku kebelakangan ini tidak saja menunjukkan toleransi kita
semakin rendah, tetapi keghairahan menjuruskan banyak perkara kepada
sentimen agama, bangsa dan menunjuk-nunjuk untuk mempertahankan
kepimpinan yang ada, sebenarnya lebih dipengaruhi kepada keinginan
mendapatkan perhatian dan dedak semata-mata.
Jika
dedak bukan amalan, semuanya tidak mungkin berlaku. Dahulu ia tidak
pernah terjadi, baik di era Tun Mahathir atau Tun Abdullah sekali pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA