Sabtu, 13 Mei 2017

TINDAKAN TEPAT, TERPUJI AZMIN ALI

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dilaporkan telah mengadakan pertemuan mengejut dengan tiga Exco Pas dan meminta mereka mengundurkan diri daripada kerajaan negeri.

Tindakan Azmin memanggil mereka itu adalah susulan keputusan Majlis Syura Pas memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Selain  tiga Exco berkenaan iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib, pertemuan tersebut dikatakan turut dihadiri Pesuruhjaya Pas yang baru, Solehan Mukhyi.

Difahamkan wakil-wakil Pas yang hadir terkejut dengen permintaan Azmin dan meminta untuk berbincang dengan parti terlebih dahulu sebelum tampil dengan satu keputusan.

Namun, Azmin  memberi jaminan bahawa meskipun tiada jawatan Exco, PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihanraya umum 2013.

Difahamkan, turut diberi jaminan ialah wakil PAS akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.

Langkah 'luar jangka'  Azmin itu telah mengejutkan pimpinan PAS kerana parti itu tidak mempunyai rancangan untuk melepaskan mana-mana jawatan dalam kerajaan negeri walaupun Majlis Syura telah membuat keputusan menamatkan hubungan politik dengan PKR.

Tahniah dan syabas Azmin!

Sebenarnya inilah tindakan paling tepat dan terpuji daripada Azmin setelah Pas masih cuba untuk tinggal serumah dalam kerajaan negeri walaupun mulut mereka menjaja dan melafazkan perkataan cerai ke seluruh negara hampir setiap hari.


Sesuai dengan adat Pas yang melafazkan cerai terlebih dahulu, maka merekalah yang seharusnya keluar meninggalkan rumah yang diduduki bersama selama ini, bukannya Azmin yang harus memecat mereka.

Azmin hanya perlu memecat tiga Exco berkenaan jika PKR yang bertindak memutuskan hubungan dengan Pas. Pas yang memutuskan hubungan, merekalah yang sepatutnya keluar melangkah meninggalkan rumah.

Namun demikian, oleh kerana Pas seperti "tiada maruah" dan "tak reti bahasa" untuk keluar daripada rumah yang didiami, tindakan Azmin meminta mereka berundur adalah wajar sekali.

Pas pula tidak perlu berdalih dan memberi pelbagai alasan lagi untuk tidak akur terhadap permintaan Azmin itu. Berani memutuskan hubungan, semestinya Pas tidak takut hilang sebahagian nikmat kehidupan.

3 ulasan:

  1. Tahniah Azmin. Tegas dan kemas. Rakyat Selangor tetap bersama mu. PAS dah jadi parti sesat halatuju....

    Berkuburlah PAS dari landskap politik negara.... semua ni berpunca dari presiden yang jahil politik....

    BalasPadam
  2. We Selangoreans are with you Azmin.... Dont worry... Let PAS go back to the stone age...

    BalasPadam
  3. Tahniah anak jantan...cam tu ..mesti ada keputusan..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA