Ahad, 14 Mei 2017

Terimalah hakikat PAS parti besar, kata Nasrudin

Sekiranya PAS bukan apa-apa, kenapa pembangkang lain perlu resah, soal Nasrudin Hasan
Nasrudin-Hasan-pasKUALA LUMPUR: Bekas sekutu seperti PKR dan ketua umum mereka perlu menerima hakikat PAS parti politik yang besar dan berpengaruh, kata Ketua Penerangan Nasrudin Hasan.
Beliau berkata demikian ketika diminta pendapat mengenai kekesalan pemimpin PKR, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai keputusan menamatkan “tahaluf siyasi”.
Nasrudin ditanya sama ada kekesalan Pakatan Harapan tidak yakin berdepan pilihan raya akan datang tanpa sokongan PAS.
“Mungkin satu keadaan mereka nak tunjuk ego tapi realitinya PAS parti besar dan ada pengaruh yang besar,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan hari ini.
“Sekiranya PAS bukan apa-apa pada mereka, kenapa perlu resah? Kenapa perlu persoalkan keputusan PAS? Bukan kita angkuh dan sombong, tapi saya sekali lagi nak menafikan pihak yang selalu meremehkan kedudukan PAS.”
Sementara itu, Nasrudin berkata Umno tidak perlu mengambil kesempatan daripada keputusan PAS memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR.
Beliau berkata pihaknya juga berwaspada dengan Umno, dan oleh itu mahu fokus menguatkan gabungan Gagasan Sejahtera, yang kini dianggotai PAS, Parti Ikatan Rakyat Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
“Kami tidak mudah untuk diperdaya atau dipengaruhi untuk mengikut haluan dan telunjuk pihak yang berkepentingan sebab kita ada dasar kita sendiri,” katanya.
“Amaran ini bukan sahaja kepada Umno tetapi semua parti politik.”
Nasrudin turut diminta reaksi mengenai saranan pemimpin Umno termasuk tokoh politik Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah yang mengesyorkan Umno dan PAS mengulangi kerjasama 1970-an bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Kerjasama dengan pelbagai pihak yang kita nyatakan adalah secara umum,” katanya.
“Dalam mana-mana kerjasama yang boleh memberi kebaikan kepada Islam, rakyat dan negera kita terbuka dan boleh bekerjasama, tapi dalam perkara merugikan Islam itu tidak boleh.”

Majlis Syura Ulama PAS 11 Mei lepas menetapkan “tahaluf siyasi” antara mereka dan PKR terbatal, kerana begitu banyak pelanggaran syarat menurut pertimbangan “hukum syarak” dan “akhlak Islam”.
Semalam, Anwar dilaporkan musykil dengan alasan memutuskan kerjasama dengan partinya, dan berkata PKR sudah berusaha mengekalkan muafakat politik dengan PAS.
Beliau tidak boleh menerima usul Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) dijadikan alasan kerana PKR menghormati hak PAS membentangkan usul dan mengusulkan ia dirujuk ke jawatankuasa pilihan.
“Datuk Seri Najib Razaklah yang menegaskan bahawa kerajaan Umno-BN tidak akan membawa RUU355 sebagai urusan kerajaan, yang bermakna RUU355 akan terkubur. Anehnya Umno tidak dipersalahkan kali ini.”

6 ulasan:

  1. Betul, Pas sebuah parti yg besar. Tapi ia semakin mengecil hari demi hari!

    BalasPadam
  2. Suatu hari nanti ramai ahli pas akan tinggalkan pas kerana bermesra dengan umno. Skrg ini aku lihat wakil pas kurang berhujah dgn cemerlang di parlimen. Jadi buat apa nak undi pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Contoh nya,
      1. Nik Beduh
      2. Ostad peminat channel "pay per view"

      Padam
  3. Satu aspek lagi, memang Pas ni besar tapi kepala pemimpinnnya lebih besar drp parti itu sendiri.

    Orang tak kisah pun sebesar mana Pas tu, tapi kita kesal kerana parti yang satu ketika dulu dihormati, kini sejak dipimpin oleh lebai-lebai, parti dah hilang fokus perjuangan.
    Maka betul la kata orang, lebai-lebai ni berapi dgn amar nahi mungkar ketika berkuliah berceramah, tapi keliru bila politik.

    Semua ni kerana kepala lebai-lebai la yang kluk-klek.

    BalasPadam
  4. untuk kalian yang menunggu liburan dan bingung untuk cari tempat yang NYAMAN,MURAH dan STRATEGIS :) langsung aja yu kunjungi di HOSTEL MURAH DI BANDUNG COCOK UNTUK BACKPACKER

    BalasPadam
  5. Terimalah hakikat PAS parti besar (dan sombong)....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA