Jumaat, 12 Mei 2017

Sudah putus hubungan, Adun Pas terus terima peruntukan


Dr Halimah bergambar bersama penerima skim-skim bantuan kerajaan negeri di Klang 10 Mei lalu.Dr Halimah bergambar bersama penerima skim-skim bantuan kerajaan negeri di Klang 10 Mei lalu.
Walaupun telah memutuskan hubungan politik dengan PKR, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas masih lagi menerima peruntukan ratusan ribu ringgit daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.
Budaya ini berlawanan dengan apa yang berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan apabila Adun-Adun pembangkang tidak diberi sebarang peruntukan.
Mungkin inilah budaya 'politik matang dan sejahtera' yang diamalkan menteri besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Di Dewan Telok Pulai, Klang, 10 Mei lalu, Adun Selat Klang Dr Halimah Ali sebagai contoh menyerahkan RM561,600 kepada penerima pelbagai sumbangan kerajaan negeri di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) yang sekaràng ini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat.
Seramai 20 orang penerima RM1000 khairat kematian Skim Mesra Warga Emas (SMUE) fasa 1 dan 79 waris warga emas menerima RM1,500 SMUE fasa 2 yang kesemunya berjumlah RM118,500.
Seramai 219 pelajar dari 12 Tadika menerima RM43,800 di bawah Skim Tunas, dua Taska menerima Skim Si Kembar, 30 penerima pinjaman mikro kredit tanpa riba fasa 1 hingga 4 antara RM3,000 hingga RM50,000 dengan jumlah keseluruhan RM328,000.
Sumbangan bulanan makanan asas 'food stamp' juga disampaikan kepada 100 penduduk miskin di Selat Klang dan kad rawatan percuma yang bernilai RM500 setahun diserahkan kepada 92 penerima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA