Khamis, 11 Mei 2017

Ribuan pelajar UiTM dikerah ke Sambutan Hari Umno

Surat kerahan UiTM untuk para pelajarnya menghadiri program sambutan Hari Umno di Stadium Bukit Jalil menjadi tular di media sosial.Surat kerahan UiTM untuk para pelajarnya menghadiri program sambutan Hari Umno di Stadium Bukit Jalil menjadi tular di media sosial.
UiTM mengerahkan ribuan pelajarnya bagi menghadiri program sambutan 71 tahun Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadual berlangsung petang ini.
Dalam surat yang tular disebarkan di media sosial, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said memohon Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UiTM Prof Sr Ir Dr Suhaimi Abd Talib agar mengecualikan kuliah para pelajar pada 10 dan 11 Mei 2017.
Ini katanya, bagi membolehkan para pelajar terbabit terlibat dalam penganjuran bersama 'agensi luar' untuk 'Program Kesukarelawanan UiTM' di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dr Abdullah juga memohon pengecualian kuliah pelajar yang terlibat dalam program itu mulai 8 Mei hingga 11 Mei 2017.
Umno menganjurkan Sambutan Hari Umno hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 6.30 petang hingga tengah malam.
Program yang dimulai dengan solat Maghrib berjemaah bersama anak-anak tahfiz itu turut mengundang kehadiran parti-parti komponen BN.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi akan menyampaikan hadiah bagi karnival sukan dan pertandingan kreatif esei dan video pendek.
Manakala Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan pembangunan menara 70 tingkat KL Putra dan anugerah Tokoh Melayu Terbilang.

Cabutan bertuah juga akan diadakan dengan diakhiri upacara memotong pulut kuning.
Dalam perkembangan berkaitan, satu pesanan WhatsApp tersebar di media sosial berhubung arahan dikeluarkan kepada jurulatih kokurikulum UiTM Shah Alam untuk mewajibkan semua pelajar kokurikulum menghadiri 'program sukarelawan patriotisme' di Stadium Bukit Jalil hari ini.
Para pelajar terbabit diminta berkumpul pada jam 10 pagi di padang kawad UiTM untuk menaiki bas bernombor 01 hingga 70.
Bagi anggota badan uniform pelajar semester satu, mereka diarah berkumpul pada jam 2 petang di padang kawad UiTM untuk menaiki bas bernombor 41 hingga 110.
Para pelajar terbabit disyarat memakai pakaian sukan dan berkasut serta digalakkan membawa tuala kecil.
Makan dan minum untuk mereka disediakan beserta surat pengecualian kuliah, kupon aktiviti dan sijil sukarelawan.

2 ulasan:

  1. Ok.ler tu.... kan.meraikan pembela melayu....

    BalasPadam
  2. So with the number of buses on standby in a single trip with minimum 50 passengers per trip, they are targeting close to 7,000 attendees. That is IF 1 trip! But they will need to make 2 trips at least to make up some good numbers to be in multiple thousands, isn't it?

    Are they really that desperate to make a good 'show of support'???

    That said if PM01 is still helming the country beyond GE14, then only 2 sectors are to be blame, and blame BIGTIME! These are,

    - The OPPOSITION Bloc

    - The RAKYAT themselves

    Following that, what PM01 and his bunch of Thieves dished out to you, you will need to suck it up, whole!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA