Selasa, 30 Mei 2017

RDPT: Pemuda Amanah lapor polis serentak ke atas SPR


Pemuda Amanah membuat laporan polis terhadap SPR di ibu pejabat polis Dang Wangi hari iniPemuda Amanah membuat laporan polis terhadap SPR di ibu pejabat polis Dang Wangi hari ini
Pemuda Amanah hari ini membuat laporan polis serentak di seluruh negara ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT).
Menurut Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan tindakan selanjutnya pada 6 Jun ini dengan penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkaitan keengganan SPR mengedarkan salinan RDPT.
"Kita juga akan menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja sebagai badan tertinggi untuk rakyat mengadukan kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan SPR kepada parti-parti politik terutama kepada Pakatan Harapan," katanya pada sidang media sebentar tadi.
Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan memberitahu 70 peratus iaitu 246,000 pemilih berdaftar daripada kira-kira 300,000 pengundi adalah pengundi baru.
" Selebihnya, melibatkan pertukaran alamat. Ini perkembangan yang mencemaskan pihak tertentu.
"Keadaan ini ada kaitan dengan tindakan SPR tidak mengedarkan salinan RDPT kepada parti politik terutama Pakatan Harapan," ujarnya pada media masa sama di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara.
Menurutnya, pertambahan 28,000 pengundi lagi sebagai luar biasa dan mencurigakan serta mungkin berlaku campur tangan pihak tertentu.
"Pada 26 Mei lalu iaitu sebulan selepas SPR umumkan tidak edar salinan RDPT, mereka keluarkan senarai semakan untuk suku pertama tahun ini dengan menambahkan lagi 28,000 nama pemilih.
"Ini tidak pernah berlaku. Alasan mereka kesilapan di pihak SPR yang gagal memasukkan senarai terbabit dalam senarai RDPT dalam suku pertama.
"Mereka (SPR) mengakui kesilapan mereka. Ini satu keaiban. SPR yang berpengalaman dalam pilihan raya boleh terlepas 28,000 nama (pemilih)?" bidasnya.
Beliau berkata, keciciran senarai tersebut membabitkan anggota beruniform dan pasangan masing-masing.
"Daripada jumlah itu, 7,000 daripadanya adalah di Wilayah Persekutuan iaitu satu per empat daripada jumlah pemilih yang didaftarkan kemudian itu.
"Besar kesannya bukan kecil. Kalau di Titiwangsa sahaja yang Umno hanya menang 866 majoriti yang amat tipis boleh mengekakan kemenangan.
"Mereka (Umno-BN) boleh merampas Lembah Pantai dengan 7,000 pemilih.
"Setiawangsa juga antara Parlimen di Wilayah Persekutuan yang mempunyai jumlah pengundi dari badan beruniform yang tinggi," dedahnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis bertindak segera terhadap laporan polis yang dibuat Pemuda Amanah hari ini.

"Kita mahu polis siasat ada pihak berkepentingan yang mengambil manfaat daripada tindakan SPR ini.
"Lebih buruk, kemungkinan besar berlakunya penyelewengan. Isu yang berlaku dalam tempoh sebulan ini amat mencurigakan," tegasnya.
Mengulas lanjut keputusan SPR tidak lagi memberi salinan RDPT kepada parti-parti politik seperti sebelum ini, Nik Razak berkata arahan terbaharu SPR itu memberi kesan amat besar kepada perjalanan pilihan raya.
"Rakyat teramai mungkin tidak meihat ini sebagai isu besar.
"Sebelum ini, apabila CD (senarai RDPT) diedar, ini menyediakan ruang semak dan imbang untuk memastikan SPR tidak sesuka hati menambah dan mengurangkan senarai pemilih.
"Sekarang, tindakan SPR hanya mengedarkan 'hard copy' salinan di pejabat SPR menyebabkan kita terpaksa tangkap gambar di sana.
"Nak fotostat boleh tapi kena bawa mesin fotostat kita sendiri.
"Bayangkan satu Parlimen, RDPT itu setebal 1,000 hingga 1,500 muka surat.
"Kita ada 222 Parlimen bermakna kira-kira 222,000 muka surat perlu difotokopi. Ini luar biasa dan mustahil," jelasnya.
Menurut Nik Razak, tempoh dua minggu untuk semakan dan bantahan tidak mencukupi ekoran keengganan SPR memberi senarai RDPT dalam bentuk CD.
"Tidak pelik bila SPR memberitahu bantahan yang diterima minimum sebaik tutup tempoh bantahan.
"Memanglah minimum sebab tidak cukup masa. Ini isu besar mendedahkan kepada penyelewengan yang bakal menjejaskan keputusan pilihan raya," tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA