Ahad, 14 Mei 2017

Rang 1/2017: PH, Invoke berkampung di pejabat SPR Terengganu


Raja Bahrin bersama wakil PKR DAP Bersatu dan Invoke berkampung di pejabat SPR Terengganu bagi mencetak Rang Daftar Pemilih di negeri ituRaja Bahrin bersama wakil PKR DAP Bersatu dan Invoke berkampung di pejabat SPR Terengganu bagi mencetak Rang Daftar Pemilih di negeri itu
Pakatan Harapan Dan Invoke berkampung di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu hari ini bagi membuat semakan dan salinan ke atas Rang Daftar Pemilih 1/2017 seluruh negeri.
Diketuai oleh ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah dan disertai Invoke, PKR Bersatu dan Dap, mereka berbincang secara tertutup dengan pihak SPR yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Norlaila agar salinan digital dapat dibekalkan kepada Pakatan Harapan.
Walau bagaimanapun pihak SPR negeri tidak dapat membantu kerana terikat dengan arahan dalaman dari Putrajaya.
Sehingga habis waktu pejabat, para petugas Pakatan Harapan berjaya membuat salinan terhadap enamDun sahaja dan akan bersambung pada hari berikutnya untuk menyiapkan salinan untuk keseluruhan 32 Dun.
Mengikut maklumat pihak SPR, hanya Pakatan Harapan sahaja yang membuat bantahan dan memorandum mengenai larangan membekalkan salinan digital terhadap parti politik dalam urusan Rang Daftar Pemilih Suku 1/2017.
Parti-parti dari kompenan Barisan Nasional dan Pas tidak membuat bantahan langsung terhadap larangan tersebut.
Pakatan Harapan Terengganu amat kesal kerana tindakan SPR ini telah membawa kesusahan dan melibatkan kos yang tinggi kepada parti politik serta SPR sendiri untuk mencetak seluruh daftar pemilih tersebut.
Pakatan Harapan dan Invoke amat berharap SPR dapat mengembalikan keadaan seperti asal dengan membekal salinan digital pada pihak-pihak yang berkepentingan dalam urusan daftar pemilih ini.
Baru-baru ini, SPR mengeluarkan arahan kepada pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri untuk pemberhentian pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa Pameran RDPT dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA