Rabu, 10 Mei 2017

PRU14: Pas Selangor sasar 45 kerusi Dun


Sallehen MukhyiSallehen Mukhyi
Pas Selangor akan bertanding sekurang-kurangnya 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum akan datang berbanding 20 kerusi sebelum ini.
Pesuruhjaya Pas Negeri itu Sallehen Muhyi berkata isu pembahagian kerusi dengan PKR bergantung kepada keputusan Majlis Syura Ulama dan sekiranya ''terpaksa'' berpisah, pihaknya akan berbincang untuk menambah jumlah kerusi yang akan dipertandingkan.
Sallehen baharu dilantik sebagai pesuruhjaya semalam, mengantikan Datuk Iskandar Samad.
Sallehen yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak dilantik hasil Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor yang pertama untuk penggal 2017/2019.
Selain pesuruhjaya, dua timbalan pesuruhjaya baharu turut dilantik pada mesyuarat itu, iaitu Mohd Haslin Hassan (Timbalan Pesuruhjaya II) dan Mohd Zamri Zainuldin (Timbalan Pesuruhjaya III), bagaimanapun, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I.
Menurut Sallehen, fokus utama jawatankuasa baharu itu adalah memastikan kemenangan PAS pada pilihan raya umum akan datang biarpun rakan sekutunya DAP telah memutuskan tahaluf siyasi dan kini menunggu keputusan Majlis Syura Ulama mengenai kedudukan hubungan dengan PKR.
Dilaporkan juga Majlis Syura Ulama parti itu dijangka akan bermesyuarat esok dan tahaluf siyasi dengan PKR antara agenda mesyuarat itu..
Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata beliau akan menghadiri mesyuarat berkenaan.

Sebelum ini, Pas kawasan meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR dan cadangan berkenaan kemudian dibahas dan diterima sebulat suara pada muktamar parti itu di Kota Sarang Semut minggu lalu.
Ahmad juga menyambut baik ketetapan kerajaan Selangor untuk tidak merombak pentadbirannya dan mengekalkan exco dari Pas.
Katanya, exco Pas yang dilantik merupakan mereka yang dipilih oleh rakyat, bahkan ia diperkenan oleh Sultan Selangor.

2 ulasan:

  1. Sasar tu siapa pun boleh tapi untuk kata pas akn dapat perintah srlangor tu bohonglah ya.

    BalasPadam
  2. Kalau MSU membuat keputusan PAS putuskan hubungan dengan PKR muktamar boleh digelar PALUAN GENDANG PERANG tetapi jika sebaliknya muktamar boleh digelar KETOK TONG KOSONG

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA