Jumaat, 26 Mei 2017

Proton, di mana sejarah industri berat Malaysia berakhir


Proton, di mana sejarah industri berat Malaysia berakhir
Proton dan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co menandatangani perjanjian kerjasama pada minggu ini. 
WALAU bagaimana sekalipun anda melihatnya, tidak dapat dielakkan pembuat kereta negara Proton Holdings terpaksa mencari rakan kongsi dari luar negara, dan menjual pegangannya. Bukannya ia tidak pernah mencuba selama ini, tetapi akhirnya kini ia berjaya.
Jualan pegangan 49.9% kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co minggu ini akan mengakhiri pencarian panjang untuk mendapatkan rakan kongsi – daripada pembuat kereta terkemuka Barat seperti Volkswagen di Jerman hinggalah ke PSA Group di Perancis.
Tetapi jualan pegangan itu secara jelasnya menjana perasaan berbaur bagi individu yang membawa penggalakan industri berat Malaysia – Dr Mahathir Mohamad – menggelarnya sebagai “penjualan hebat”.
Tetapi, pihak lain melihat langkah syarikat tersenarai dalam bursa awam itu sebagai tidak dapat dielakkan bagi membolehkan ia terus hidup, dan tidak dapat tidak, berakhirnya satu era di Malaysia.
Industri berat
Bagi Dr Mahathir, harapan terakhirnya dalam industri berat sedang berkecai. Perwaja Steel gagal dan kini Proton pula.
Ahli politik itu memegang tampuk kuasa pada 1981 dan menjelang 1983, beliau menjadikan industri berat sebagai asas dasar ekonominya. Besi dan kemudiannya, membuat kereta daripada besi, akan mengubah Malaysia daripada ekonomi pertanian dan pemasangan kepada ekonomi industri lebih besar.
Ia juga cara untuk menyekat kereta import dan menjual kereta lebih murah kepada rakyat Malaysia. Dilancarkan pada 19855, model pertama Proton Saga dijual pada harga bawah RM18,000 dan dengan bangganya menjadi kereta pertama negara menyeberangi satu lagi projek mega Dr Mahathir – Jambatan Pulau Pinang, pada tahun sama.
Tetapi, teknologi asing memainkan peranan besar dalam kereta negara. Proton Saga berdasarkan kepada casis Lancer Fiore Mitsubishi Motors, dan syarikat Jepun itu menyediakan komponen besar untuk banyak lagi model Proton selepas itu.
Hanya pada penghujung 1990-an Proton mampu membangunkan kereta baharu sendiri.
Vendor
Satu aspek penggalakan industri berat Malaysia dan perniagaan Proton ialah untuk membangunkan vendor tempatan. Banyak aksesori pihak ketiga dan komponen kereta lain dibuat di Malaysia walaupun kualitinya dicurigai dan menyebabkan banyak aduan.
Sebahagiannya terus menjadi sebahagian jaringan vendor tetapi berdepan hutang apabila stok tidak terjual, sama banyak seperti kereta Proton yang tersadai apabila jualan menurun susulan pengeluaran pembuatan kereta negara kedua, Perodua pada 1990-an.
Adakah vendor akan mendapat bantuan daripada pemerolehan Geely? Atau mereka juga akan menangis seperti Dr Mahathir yang menggambarkan penjualan “anaknya” itu kepada orang asing tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia?
Hakikatnya ialah Malaysia masih memegang saham majoriti dalam Proton dan ada sebahagian akan akhirnya menerima bayaran tetapi mereka tidak boleh menjangkakan urus niaga yang berpihak kepada mereka.
Hanya yang paling kuat akan bertahan. Tidak boleh mengharapkan belas ihsan daripada pemegang saham baharu yang membina perniagaan mereka selepas Proton ditubuhkan, tetapi lebih berjaya daripada pembuat kereta Malaysia itu.
Industri kereta Malaysia
Proton memang berisiko, dan dilihat sebagai projek sia-sia. Jualan kereta penumpang di Malaysia adalah terbesar di Asia Tenggara dengan kira-kira 600,000 dijual setiap tahun.

Bloomberg berkata bagi kebanyakan sejarahnya, kereta Proton menerima manfaat daripada tarif sehingga 300% terhadap kereta import. Ia juga menerima sebanyak AS$3 bilion geran penyelidikan dan pembangunan daripada Putrajaya.
Tetapi saham Proton semakin jatuh – kemuncaknya pada 1993 dengan 74% kereta baharu terjual di Malaysia tetapi pada 2016, sedekad selepas kerajaan memansuhkan tarif terhadap kereta buatan luar negara di pakatan serantau, ia hanya 12.5%.
Dan juga, kereta nasional kedua Perodua mengambil alih agihan pasaran. Dan Perodua secara asas dilihat sebagai pemasang bukannya pembuat.
Inilah realiti pasaran. Tetapi Dr Mahathir sering melihatnya dengan cara berbeza.
“Ia industri kereta negara. Ia bukan hanya tentang sebuah kereta. Ia tentang kejuruteraan. Sebuah negara tanpa kemahiran kejuruteraan dan pengetahuan tidak akan menjadi negara membangun,” katanya kepada Bloomberg pada 2012.
Hanya perniagaan
Untuk semua itu, Khazanah Nasional Berhad menjual Proton kepada DRB-Hicom pada 2012, syarikat konglomerat dikawal oleh jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Usahawan kaya itu juga perlu mencari rakan kongsi kerana Proton pada asasnya ialah satu perniagaan baginya. Putrajaya memberi pinjaman RM1.5 bilion tahun lalu kepada Proton.
Pinjaman itu disertakan dengan kaveat: Proton perlu mendapatkan pelabur besar baharu untuk memastikan perniagaannya mapan.
Dalam Proton sekarang, tiada lagi tentang kejuruteraan berat atau negara membangun. Ia satu perniagaan yang memberikan pekerjaan dan vendor sementara terpaksa berjuang untuk mendapatkan pasaran saham penting dan menguntungkan.
Impian Dr Mahathir untuk mendapatkan negara membangun dengan loji besi, pembuat kereta dan perniagaan pembuatan membekalkan kepada dunia sudah pun berakhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA