Sabtu, 20 Mei 2017

PKR mahu Anwar jadi PM

Anwar menjadi pilihan Pemuda PKR berbanding Tun Dr Mahathir Mohamed atau Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disebut-sebut pemimpin PH sebagai calon alternatif.
kongres-pkr1SHAH ALAM: Pemuda PKR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri daripada pembangkang walaupun bekas timbalan perdana menteri itu sedang menjalani hukuman penjara.
Desakan itu dibuat Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam ucapan dasar kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mengusulkan nama Anwar sebagai perdana menteri seterusnya menjadi pimpinan Pakatan Harapan (PH).
“Tanpa ragu-ragu, AMK ingin mengusulkan kepada parti dan PH agar kita menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Kejayaan beliau membina gerakan massa yang luas, ‘big tent politik’ merentas ideologi serta berkomunikasi dengan rakyat tiada tandingan,” katanya.
Nik Nazmi juga berkata, kejayaan Anwar sebagai menteri kewangan semasa dalam kerajaan menjadi faktor mereka menamakan bekas ketua pembangkang itu sebagai perdana menteri berbanding pemimpin lain dalam PH seperti Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disebut-sebut pemimpin PH sebagai calon alternatif.
Beliau berkata kebijaksanaan Anwar membawa kebangkitan Islam yang sederhana dan berjaya menyatukan budaya serantau dalam gagasan gelombang kebangkitan Asia menjadikannya tokoh antarabangsa yang dihormati rakyat dalam dan luar negara.

Awal bulan lalu, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan keengganan PH menamakan secara jelas orang yang akan dilantik menjadi perdana menteri sekiranya PH menang pada PRU akan datang.
“Jika pun PH ada calon, pemimpinnya tidak memberitahu kita. Ini amat pelik. Ia menunjukkan mereka tidak berani membuat keputusan walaupun mengenai perkara paling dasar,” kata Zaid yang menyertai DAP pada Februari lalu.
Sebaliknya, Zaid berkata, gabungan itu perlu menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri kerana pemimpin veteran itu mampu meraih sokongan kuat termasuk daripada pengundi Felda dan seterusnya memastikan kemenangan PH.

3 ulasan:

  1. Budak2 PKR ni pun bodoh. Tolonglah keluar dari bayang2 Anwar buat masa sekarang. Biar menang terlebih dahulu baru cakap hal PM ke hal Anwar ke...

    Belum menang lagi sibuk nak calonkan nama PM. Bukankah ini boleh memecah belahkan PH. Bodoh betul budak2 ni.....

    Jika BN menang PU14, laluan bagi Anwar menjadi PM terus gelap. PH belum tahu boleh menang.

    Jadi kalau nak berpolitik tu biarlah matang sikit... Carilah jalan terbaik untuk menyatu padukan parti2 pembangkang. Ini lebih penting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju... biar menang dulu. biar TDM atau TSMY jadi PM dulu. barulah boleh cakap pasal anwar.

      orang PKR pun kenalah matang sikit berpolitik. Kan anwar tak boleh bertanding selama 5 tahun selepas dibebaskan jun depan? yang boleh tolong anwar sekarang ialah TDM dan TSMY. Itu pun kalau PH menang.

      Kalau BN menang.... habis cerita. Nasib anwar pun malang....

      Tolonglah berpolitik bijak sikit... jangan ikut perasaan je....

      Sekarang bersatulah melawan BN. Sarangkan TDM jadi PM. Tentu akan dapat suport rakyat....

      Padam
  2. TDM dah tua sangat, Anwar is, the right choice.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA