Rabu, 31 Mei 2017

PKR Kelantan akan letak jawatan lantikan politik dalam kerajaan PAS

Abdul Aziz Abdul KadirAbdul Aziz Abdul Kadir
PKR Kelantan akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada kerajaan negeri secepat mungkin, kata Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir.

"Dalam (proses) mengumpul, mahu dapatkan tanda tangan ni," katanya kepada Antarapos.

Abdul Aziz minggu lalu berkata, kesemua wakil pimpinan PKR akan menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada kerajaan negeri secara serentak.

"Secepat yang mungkin (akan dihantar)," katanya, namun memaklumkan pihaknya belum menentukan tarikh untuk urusan penyerahan surat berkenaan dilakukan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang mengesahkan kerajaan negeri masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada wakil pimpinan PKR negeri itu.
Che Abdullah berkata, urusan pentadbiran kerajaan negeri sehingga kini tetap berjalan seperti biasa walaupun Pas telah menamatkan kerjsama politik dengan PKR.

Malah Adun Wakaf Bharu itu mengulangi pendirian kerajaan negeri yang masih mengalu-alukan penyertaan wakil pimpinan PKR untuk meneruskan khidmat mereka.

Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Aziz bertegas pihaknya tidak akan berganjak dengan keputusan sebagaimana yang diputuskan oleh Biro Politik PKR sebelum ini.

"Kita memang tak bincang di Kelantan, memang kita hanya mengikut apa yang diarahkan oleh (PKR) pusat saja," kata beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA