Sabtu, 20 Mei 2017

PKR ada 3A lawan 3D BN

Pembangkang menghadapi cabaran yang serius dalam pilihan raya umum akan datang kerana lawan mereka mempunyai faktor tiga "D".
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tiga D itu adalah 'duit, dakyah dan dalih'.
Wang dari BN, katanya boleh menggoda seseorang calon pilihan raya sehingga melemahkan perjuangan mereka.
"War chest (dana) dia (BN) bukan jumlah kecil, ia akan menggugat iman kita, niat kita untuk teruskan perjuangan," tegas beliau di kongres pemuda PKR (AMK) di Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun, Fahmi berkata PKR boleh mengatasi perkara itu dengan faktor 'tiga A' iaitu Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali.
Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa 60 calon AMK yang akan dicadangkan kepada pucuk pimpinan parti akan disaring dan bukah individu yang 'mudah dibeli'.
Selain itu, Fahmi berkata BN telah membeli aset media baru sebagai alat propaganda kerajaan dan menonjolkan imeh bersih pemimpin BN seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA