Isnin, 29 Mei 2017

Pereka fesyen Kimora nafi guna dana 1MDB

Kimora Lee Simmons berkata, beliau tidak mendapat sebarang wang dari suaminya - pegawai bank yang membantu 1MDB mengumpul wang melalui jualan bon, untuk memulakan perniagaannya.
kimora-1MDBKUALA LUMPUR: Model dan pereka fesyen, Kimora Lee Simmons menafikan pernah menerima wang yang disalurkan secara haram dari 1MDB untuk membiayai perniagaannya, lapor Los Angeles Times.
Kimora berkahwin dengan Tim Leissner, bekas pegawai kanan Goldman Sachs di Asia yang mengendalikan transaksi untuk 1MDB yang kini disiasat pihak berkuasa di beberapa negara.
Page Six milik New York Post mendakwa ia “dipercayai ramai” yang Leissner membiayai pelancaran jenama Kimora Lee Simmons.
Menurut laporan itu, Goldman Sachs menerima bayaran terlalu tinggi untuk penjualan bon 1MDB dan pendakwa raya mungkin berusaha mendapatkan semula komisen itu.
Kimora memberitahu Los Angeles Times: “Saya sudah berada dalam bidang ini agak lama. Saya seorang perempuan tua, jadi saya sentiasa berdikari dan biaya sendiri.
“Saya biaya perniagaan sendiri…saya sudah berada dalam industri fesyen sejak 12 (tahun), menjadi model dan sebagainya. Jadi, semua wang saya, bukan saya mahu cakap seperti itu, ini ialah perkahwinan ke-3 saya, suami saya tiada kaitan dengan hidup profesional saya.”
Kimora berkahwin dengan Leissner pada 2014.
Katanya, koleksi jenama terbarunya itu dijual di Bloomingdale’s, Lord & Taylor, laman web sendiri dan beberapa peruncit dalam talian, selain pengedaran antarabangsa, termasuk di Singapura dan Indonesia, yang merupakan satu keutamaan.
Mengenai laporan Page Six, Kimora berkata: “Saya rasa ia merugikan perniagaan fesyen dan kepada pereka seperti saya. Saya salah seorang daripada beberapa pereka di sini yang menggunakan nama sendiri sebagai label. Saya salah seorang daripada beberapa wanita itu dan sudah tentu salah seorang daripada wanita berbangsa lain.”
Laporan New York Post menyusul laporan Bloomberg pada 28 April lalu mengenai pendakwa raya Amerika Syarikat yang menyiasat peranan Kumpulan Goldman Sachs Inc dalam mengumpul hampir AS$6 bilion untuk dana pelaburan 1MDB milik kerajaan malaysia, mempersoalkan aliran wang itu melalui akaun dikaitkan dengan Leissner.
Menurutnya, mereka menemuramah pegawai bank yang biasa dengan 1MDB mengenai rangkaian hubungan Leissner, khasnya rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan politik.
Goldman menjual bon bernilai hampir AS$6 bilion untuk 1MDB pada 2012 dan 2013, ketika Leissner menjadi pengerusi Asia Tenggara Kumpulan Goldman Sachs. Ia mendapat keuntungan AS$593 juta atau 9% – beberapa kali ganda berbanding purata diperolehi industri itu

dalam bon untuk 1MDB pada tahun 2012 dan 2013, apabila Leissner mengetuai usaha bank itu di Asia Tenggara. Ia memperoleh US $ 593,000,000, atau 9% kali -Beberapa purata industri bagi menaja jamin bon berisiko, lapor Bloomberg.
Susulan siasatan dalaman syarikat itu, Leissner diberikan cuti oleh syarikatnya pada awal 2016, sebelum beliau bertindak meletak jawatan tidak lama kemudian.
Singapura yang bertindak tegas terhadap transaksi tidak sah 1MDB melalui bank di republik itu, melarang Leissner terbabit dalam industri sekuriti selama 10 tahun, ekoran pelanggaran berkaitan pempelbagaian haram wang berbilion dolar daripada dana 1MDB.
Singapura menutup cawangan untuk sekurang-kurangnya 2 bank di negara itu berhubung transaksi 1MDB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA