Rabu, 10 Mei 2017

Pengamal media cuba ditakut-takutkan, kata Pemuda Amanah


Pemuda Amanah Nasional menganggap pengamal media cuba ditakut takutkan menjelang PRU14Pemuda Amanah Nasional menganggap pengamal media cuba ditakut takutkan menjelang PRU14
Pemuda Amanah Nasional menyifatkan tindakan pihak polis mengarahkan seorang watawan hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan sebagai satu usaha menakut-nakutkan pengamal media menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketuanya Mohd Sany Hamzan berkata, pihak polis tidak sewajarnya melakukan tindakan sedemikian sebaliknya meneliti serta menyiasat isi kandungan laporan wartawan serta para wartawan sewajarnya diberikan kebebasan sepenuhnya dalam membuat liputan terhadap apa jua isu khususnya hal berkaitan kepentingan serta kepincangan negara.
"Perkara 10 Perlembagaan negara dan Deklarasi Universal Hal Asasi Manusia 1948 yang menjamin hak pengamal media dan wartawan haruslah dipertahankan. Semua pihak wajar menghormati hak wartawan seperti apa yang termaktub di dalam perlembagaan negara itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ekoran wartawan Malaysia Dateline, Arif Atan semalam dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan terhadap satu laporan berita yang diterbitkan portal itu tahun lalu.
Menurut Arif, siasatan dibuat terhadap laporan yang diterbitkan 28 Februari 2016 bertajuk “Selamatkan Malaysia: Husam akan ziarah Muhyiddin” di bawah Seksyen 111, Prosedur Kanun Jenayah.
Ia antara lain melaporkan ucapan Datuk Husam Musa dalam satu majlis mengulas tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno.

Kata Arif, dia menerima surat arahan menghadiri siasatan pada 5 Mei lalu melalui serahan tangan.
Siasatan dijalankan bermula jam dua petang dan selesai kira-kira sejam kemudian.
Pegawai penyiasat, Inspektor M.Jagachandran menjelaskan bahawa siasatan dibuat ekoran aduan awam.
Justeru Pemuda Amanah Nasional mendesak kerajaan dan pihak polis menghentikan tindakan sedemikian yang dipercayai akan menjadi pemula kepada dakwaan-dakwaan yang dilakukan terhadap pengamal media menjelang PRU14.
"Pemuda Amanah Nasional yakin, tindakan pihak polis itu juga ditolak sekeras-kerasnya seluruh warga media di dalam negara ini," tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA