Rabu, 17 Mei 2017

'Pendaftaran pengundi baru naik 8 kali ganda' - Pakatan

Pendaftaran pengundi baru semasa suku ketiga 2016 menunjukkan peningkatan lapan kali ganda berbanding pada masa biasa, kata anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Angka itu juga lima kali ganda lebih tinggi berbanding suku keempat tahun lalu dan suku pertama tahun ini.
Perkara itu justeru menimbulkan keraguan, kata pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) itu.
Katanya, pendaftaran pengundi baru kebiasaannya berada pada angka 70,000 untuk setiap suku tahunan sejak 2013.
“Ini menimbulkan banyak persoalan dan kita mahu bincangkannya dengan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang media hari ini.
Tambahan lagi, katanya, pembangkang semakin sukar mendaftarkan pengundi apabila SPR tidak lagi membenarkan parti politik bertindak bagi pihak pegawai pembantu pendaftar badan itu.
“Jadi siapa buat pendaftaran sekarang? Dari mana mereka datang?

“Kalau kami bantu pendaftaran pun, kita hanya dapat 70,000 orang,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA