Sabtu, 13 Mei 2017

Pelajar sendiri minta hadir sambutan Umno, sembang Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan, parti itu tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menyertai sambutan ulang tahun Umno ke-71.
Menyifatkan isu itu sengaja 'diputar belit', Tengku Adnan berkata pelajar berkenaan sendiri meminta untuk hadir ke acara itu semalam.
"Banyak diputarbelit, memang ada pelajar hadir. Mereka minta untuk hadir jadi kita jemput jelah. Ada daripada mereka dari UniKL, UiTM, ada juga ada universiti lain yang datang.
"Jadi kita biarkan (mereka nak datang). Mereka datang sebagai NGO.
"Janganlah tuduh kita paksa mereka (pelajar). Kita tidak pernah paksa sesiapa," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.
Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa acara semalam bukanlah himpunan parti politik, sebaliknya sambutan ulang tahun ke-71 sebuah parti politik.
"Ia bukan himpunan politik. Ia adalah sambutan ke-71 parti kita. Bukan himpunan politik," kata anggota parlimen Putrajaya itu lagi.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, UiTM nafi memperalatkan mahasiswanya untuk turun ke Stadium Bukit Jalil, semalam.
Ia ekoran dakwaan Pemuda PKR dan DAP yang mendakwa Umno menggerakkan mahasiswa UiTM untuk hadir ulang tahun Umno ke-71.
Mereka menyebarkan rakaman skrin di kumpulan WhatsApp berkaitan mahasiswa UiTM bagi membuktikan dakwaan itu dan menuduh Umno 'menipu' pelajar.

3 ulasan:

  1. Sukar utk aku percaya dakwaan ku nan krn asyik asyik pelajar uitm dan unikl aje yg minta datang.

    BalasPadam
  2. ahli umno bangsar13 Mei 2017 12:09 PTG

    Siapa la yg nak percaya lagi pimpinan umno sekarang. Semuanya macam mat maslan... pembohong. Tak ada satupun yg keluar dari mulut mereka ni yg betul.
    Umno, parti melayu yg sekian lama memperjuangkn hak orang melayu akan hanyut dan berkubur hanya kerana pemimpin2 umno sekarang yg semuanya.. penipu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap lebih ramai ahli umno mulai sedar bahawa mrk telah ditipu dulu, kini dan selamanya, insyaallah. Cabutan bertuah pun nak tipu. Ahli dpt air kotak, roti,baju-t dan nasi bungkus, sementara pemimpin songlap berpuluh ratus juta. Tak percaya tgk rumah, kereta, beg tangan, cuti2 dan cara hidup mrk!! Bangun drp tidur mu wahai ahli umno

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA