Isnin, 15 Mei 2017

Pas tidak akan hadir Kongres PKR

Tuan Ibrahim Tuan Man Pas masih belum menerima sebarang jemputan daripada PKR untuk menghadiri kongres parti itu, pada 19 Mei hingga 21 Mei ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas bagaimanapun tidak akan hadir walaupun menerima jemputan.
"Kita belum terima lagi (jemputan). Tetapi rasanya tidak mungkin kita akan hadir," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Hari ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, Pas belum memberi pengesahan kepada jemputan rasmi yang dihantar kepada parti itu untuk menyertai Kongres PKR.
Katanya, keputusan untuk menjemput Pas dibuat sebelum parti Islam itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Pada 11 Mei lalu, hubungan Pas dan PKR berakhir selepas Majlis Syura Ulamak membuat ketetapan tahaluf siyasi kedua-dua parti terbatal serta merta.

2 ulasan:

  1. Hadir buat kebende , kan dah bercerai putut tahlol siyasi.

    BalasPadam
  2. Cakap-cakap pak-pak lebai PAS dah takde orang nk caya dahh!!
    Kata orang, bukan cakap je yg tkder kredibiliti, mereka tu sendiri yang dah takde kredibiliti dahh!!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA