Rabu, 31 Mei 2017

PAS sembang Masjid tak sepatutnya dijadikan pentas ceramah politik

PAS menasihatkan semua pihak terutama ahli parlimen bukan Islam agar tidak menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun orang bukan Islam dibenarkan untuk menziarahi masjid namun pada masa yang sama mereka perlu sopan dan menjaga tatacara dalam masjid.
“Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat bagi saya itu tak jadi masalah...(tapi) tak sepatutnyalah kalau guna untuk (tujuan) politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.
Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan dukacita terhadap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim dipetik sebagai berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.

6 ulasan:

  1. Pemikiran islam yang sempit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sempit. Di barat calon2 politik dibenarkan berkempen di dlm masjid. Yg mmbenarkan ialah jawatankuasa masjid. Dan mereka ambil peluang ini utk berdakwah kpd ahli politik yg bkn muslim. Di Malaysia ini susah nak terangkan Islam kpd non muslim dan juga muslim sendiri.

      Padam
    2. ANON 7.47

      NAK BERDAKWAH KEPADA AHLI POLITIK BUKAN MUSLIM BUKAN DI MASJID LA...BILA MASA PULA ORANG KAFIR DOK DI MASJID...KAO RETI KA TAK ??? JANGAN NAK KOMEN JA TAPI TAK RETI APA PUN.

      Padam
    3. Tiada,
      Keyword-"ambil peluang" manglah depa tak dok masjid. Tapi depa are welcomed dtg masjid any time nak kempen ka apa. Masa tu la kita ambil peluang. Masa pilihanbraya mayor tmpt aku, sorg calon berkempen sblm solat jumaat. Bila nak solat jumaat dia stay kerana hormati org Islam, dan imam berkhutbah yg tuju kpd dia dn rombongannya. Dia tetang Islam dan persamaan dgb kristian. Ada faham

      Padam
  2. Terlupa plak masa Ustaz Shahrudin sebut pasal tanam kat jerat cina dulu dekat mana dia ceramah? Sebab itu jangan nampak salah orang jer tapi sendiri juga lakukan. Sepatutnya sama-sama kita berdoa untuk kebaikan dan berdoa setiap hamba Allah yang berada di masjid dikurniakan hidayah untuk bersama Islam.

    BalasPadam
  3. PAS adalah PAST....brg yg terlePAS tarikh SAH.....OBSELETE....ckp tak serupa bikin....yg menggumgguli....sembahyang dua imam...kat mana agak nyer.....pooorahhhhh.....Parti Assobiyah Semalaysia....Parti Angkuh Sombong....syok sendiri tak habih2.....hujung jubah bergelumabg tahi....tak sedor2 diri....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA