Isnin, 15 Mei 2017

Pas semakin keliru, bercerai tetapi duduk serumah, kata bekas menteri

Sharif (kanan sekali) bersama Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng dalam majlis di Tasek Gelugor.Sharif (kanan sekali) bersama Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng dalam majlis di Tasek Gelugor.
Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang, Datuk Seri Shariff Omar menyifatkan Pas kini sedang mamai, dungu dan semakin keliru.
Parti tersebut bukan sahaja telah hilang hala tuju, malah mulai celaru selepas keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR oleh Majlis Syura.
Menurut bekas menteri kerajaan pusat itu lagi, Pas sepatutnya berpegang pada prinsip yang tegas.
"Kalau suami isteri dah bercerai, tak sah duduk sebumbung lagi.
"Tak elok di pandang dan jadi buah mulut masyarakat sekeliling.
"Masakan Pas tak ada maruah langsung, dah lah putus hubungan dengan PKR, tapi dok hemoi lagi, " ujarnya ketika ditemui semasa Program Khidmat Komuniti di Sungai Dua, yang turut dihadiri oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu semalam.
Tegasnya lagi, semua exco Pas yang ada dalam kerajaan negeri Selangor mesti melepaskan jawatan dengan segera.
"Kalau sayalah jadi depa, lepas parti buat keputusan putus, tak payah tunggu lama lagi dah.
"Masa tu juga bagi balik jawatan yang dipimpin oleh Azmin dari PKR.
"Amat memalukan kerana Pas sering bercakap pasal Islam, prinsip dan pendirian, tapi pemimpin mereka sendiri tidak konsisten dalam mengamalkan apa yang dicakapkan," jelasnya lagi.

Dalam pada itu beliau juga berkata seharusnya Pas sedar bahawa Umno telah terbukti sedang nazak.
"Umno kini amat memerlukan talian hayat.
"Nyawa Umno dah semakin tercungap-cungap setelah Bersatu menjadi saingan sehinggakan ahli mereka dah ramai keluar parti.
"Tapi Umno tetap mendakwa ahli mereka tidak luak, tapi setiap Parlimen ramai ahli mereka dah keluar parti dan masuk Bersatu, " tambahnya lagi.
Oleh kerana itu katanya, Pas mesti sedar, mereka hanya memberi tongkat kepada Umno bagi menyambung hayat hidup yang semakin tipis menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

8 ulasan:

  1. PAS ni dah jadi parti cap ayam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. lepas nie...confirmlah melolong-lolong ...meroyan kesan-sini mcm org gila talaq.....hihihihihi

    BalasPadam
  3. Dulu pas mahukan timbalan mb kelantan dari semangat 46 supaya menarik diri dari jawatan apabila S46 putus siyasi politik dgn pas. Pelbagai alasan diberikan. Tetapibila kena atas hidung pas skrg ni, amanat, fatwa, surah atau hadis mana pas guna pula utk menghalalkan 3 exco pas duduk sebumbung dgn jandanya pkr dan dap? Adoi hai pas.

    BalasPadam
  4. Semasa ahli party keluar parti suruh ahli letak jawatan konon nya telah berbai'ah dengan parti tapi pabila ahli jawab kemenangan diberi oleh pengundi dan Adun berkerja nuntuk rakyat sepanjang masa kerana membela keda'ifan rakyat tapi pabiula terkena pada exco yang juga dipilig oleh pengundi disuruh letak jawatan oleh rakyat yang mengundi juga tidak pula mahu melepaskan jawatan nbahkan memberi pula pelbagai alasan tidak mahu lepas jawatan hinggakan melangkaui batas norma kuasa yang ada pada pentadbir negeri.inikah nyang dikatakan parti yang berjuang kerana agama lebih teruk dari parti sosialis kominis kerana mengunakan kuasa diri sendiri dengan kepentingan orang lain.

    BalasPadam
  5. Ayuh pas, Kembalilah ke gabungan PH agar kita sama sama mengalahkan BN utk malaysia baru yg lebih baik.

    BalasPadam
  6. Selagi orang tu pegang jawatang mr presideng parti, jangang harap laa parti cap bulang akang kembali ke PH.

    Kita tak leh percaya dah kpd orang itu kerana dia lah parti cap bulan jadi celaru!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa lah, skrg ni hadi perlukan kan najib dan najib pun peelukan hadi demi survival politik. Tapi penyokong pas yg dibawah yg keliru.

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA