Ahad, 14 Mei 2017

PAS mahu tanding kerusi Izzah, Tian Chua

Pesuruhjaya Mohamad Noor Mohamad berkata juga akan mahu menarik undi pengundi Islam di kerusi majoriti DAP seperti Segambut
tian-hua-nurul-izzah-pas-benderaKUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan berikrar akan bertanding di 9 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang, termasuk Lembah Pantai, yang kini diduduki Nurul Izzah Anwar, dan kerusi Tian Chua, Batu.
Pesuruhjaya Mohamad Noor Mohamad berkata, PAS Wilayah Persekutuan juga mahu menarik undi pengundi Islam di kerusi Parlimen yang majoriti menyokong DAP, seperti Segambut.
“Keputusan ini selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa ‘tahaluf siyasi’ dengan PKR telah terbatal,” katanya Mohamad kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan hari ini.
Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi Parlimen termasuk Putrajaya dan Labuan. PAS gagal memenangi sebarang kerusi dalam Wilayah Persekutuan pada PRU13.
Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali merupakan ahli Parlimen terakhir PAS di Wilayah Persekutuan, selepas memenangi kerusi Titiwangsa pada PRU12.
Pada PRU nanti, PAS turut menyasarkan kerusi Bandar Tun Razak (Bebas, dulu PKR), Wangsa Maju (PKR), Setiawangsa (BN), Titiwangsa (BN), Putrajaya (BN) dan Labuan (BN).
“Kita lihat sokongan terhadap PAS semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan orang Melayu Islam, di samping kita masih lagi mendapat sokongan pengundi bukan Islam.”
Ditanya mengenai peluang PAS memenangi Segambut, Mohamad Noor berkata, kajian menunjukkan tidak semua pengundi di Parlimen itu memberi undi kepada DAP.
“Sasaran pertama sudah tentu daripada pengundi Islam untuk undi PAS di Segambut di samping undi orang Cina dan India, kerana tidak semua mereka mengundi DAP,” katanya.
Pada PRU13, Lim Lip Eng menewaskan calon BN dengan majoriti 19,199 undi. Daripada 75,631 pengundi berdaftar, DAP peroleh 41,383 undi manakala BN 22,184.

Di Lembah Pantai, Izzah menewaskan 2 pencabar dengan majoriti 1,847 undi. Daripada 72,396 pengundi berdaftar, PKR peroleh 31,008 undi, BN 29,161 dan Bebas 167.
Di Batu, Tian Chua menewaskan 4 pencabar dengan majoriti 13,284 undi. Daripada 85,402 pengundi berdaftar, PKR peroleh 41,672 undi, BN 28,388, Berjasa 949, dan 2 calon bebas 209 dan 164 undi.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan ketika ditemui menolak pandangan penganalisis yang menjangkakan keputusan PAS memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR akan memberi kelebihan kepada BN.
Beliau percaya PAS juga mempunyai peluang untuk menang “dalam perkembangan politik mutakhir ini”. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata PAS akan bertanding di 80 kerusi Parlimen.
“Kita mungkin akan meletakkan lebih 100 kerusi yang akan dipertanding, cuma 40 kerusi kita sasarkan menang dan mudah menang,” kata Nasrudin.
PRU-14 perlu selewat-lewatnya diadakan tahun depan.

4 ulasan:

  1. Pas boleh masuk bertanding tapi ukurlah kemampuan dulu. Aku yakin izzah dan tian chua akan menang. Mereka adalah pejuang rakyat yg selalu berucap di parlimen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu....kalau pas samada ponteng, tidur atau berkecuali...mcmanapun mimpi boleh je

      Padam
  2. Dengki Pak lebai.. tandinglah Mana pun..yg pasti org pas approach aku..pasti akan merasa sesuatu dari mulut aku.. tunggu Saja..

    BalasPadam
  3. untuk kalian yang menunggu liburan dan bingung untuk cari tempat yang NYAMAN,MURAH dan STRATEGIS :) langsung aja yu kunjungi di HOSTEL MURAH DI BANDUNG COCOK UNTUK BACKPACKER

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA