Jumaat, 12 Mei 2017

PAS belakangi aspirasi rakyat – MB Selangor



SHAH ALAM, 12 MEI: Tindakan Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR membelakangi aspirasi rakyat untuk perubahan kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
“Saya kecewa kerana keputusan untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, (tindakan itu) adalah keputusan dan pilihan yang dibuat PAS sendiri.
“Ini sedikit sebanyak keputusan yang membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan demi negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya kepada media di bangunan SUK Shah Alam hari ini.
Menurut beliau, pertemuan telah diadakan bersama ketiga-tiga exco PAS dan pesuruhjaya PAS Selangor untuk mendapatkan penjelasan dan akan dibincangkan dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail sebelum sebarang tindakan diambil.
Azmin sebelum ini dilihat berusaha keras untuk memastikan kerjasama politik PKR dan PAS di Selangor dipertahankan setelah berkuburnya Pakatn Rakyat.
Bagaimanapun, usaha mengekalkan muafakat Pakatan Harapan bersama PAS Selangor yang menerajui kerajaan negeri mendapat tamparan hebat apabila Majlis Syura Ulama PAS membat keputusan muktamad memutuskan kerjasama mereka dengan PKR.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menzahirkan rasa lucu dengan keputusan PAS yang mengekalkan kedudukan mereka dalam kerajaan negeri.
“Kalau tak ada kerjasama politik, macam mana anda boleh berada dalam kerajaan gabungan? Duduk dengan pembangkang UMNO lah,” katanya dalam kemaskini Facebook.

2 ulasan:

  1. Memuaskan ego lebih penting dari rakyat

    BalasPadam
  2. PAS menghancurkan harapan rakyat untuk melihat tumbangnya pemerintahan 60 tahun UMNO. Berilah peluang Pakatan rakyat memerintah. Jika tak bagus, tukar kpd bn.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA