Isnin, 15 Mei 2017

Pakatan Harapan 'mengemis' maklumat Daftar Pemilih di pejabat SPR


Raja Bahrin (dua dari kiri) ketika berada di pejabat SPR Terengganu untuk mengumpulkan RDPT bagi 32 Dun  di negeri itu.Raja Bahrin (dua dari kiri) ketika berada di pejabat SPR Terengganu untuk mengumpulkan RDPT bagi 32 Dun di negeri itu.
Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lagi membekalkan salinan digital Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) untuk Suku Pertama tahun 2017 kepada parti politik mencerminkan sistem SPR  mundur dan mendukacitakan.
Dengan segala kemudahan teknologi terkini, proses membuat semakan senarai pengundi sepatutnya menjadi lebih mudah tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, demokrasi di negara ini banyak 'ketempangan' terutama membabitkan pemberian maklumat asas seperti senarai Rang Daftar pengundi suku pertama 2017.
Beliau mendakwa hanya Pakatan Harapan memprotes tindakan SPR tetapi tidak bagi Barisan Nasional (BN).
"Ia tidak diberi secara sepatutnya sekaligus menafikan hak parti parti politik mempunyai kemudahan maklumat yang sama dengan kerajaan.
"Sedikit menghairankan apabila yang membantah larangan ini sekarang hanyalah dari Pakatan Harapan sementara pihak lain berdiam diri menunjukkan kemungkinan besar mereka mempunyai "maklumat serta kemudahan" yang diperlukan.
"Timbul persoalan,kenapa Umno, BN  dan Pas tidak turut sama membantah? Bukankah mereka pun memerlukan maklumat ini juga? Adakah mereka mempunyai 'kuasa sakti'untuk mendapatkan maklumat ini semua?,"soalnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Raja Bahrin Shah bersama Invoke, PKR, Bersatu dan Dap, berbincang secara tertutup dengan pihak SPR yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Norlaila agar salinan digital dapat dibekalkan kepada Pakatan Harapan.
Walau bagaimanapun pihak SPR negeri tidak dapat membantu kerana terikat dengan arahan dalaman dari Putrajaya.
Sehingga habis waktu pejabat, para petugas Pakatan Harapan berjaya membuat salinan terhadap enam Dun sahaja dan akan bersambung pada hari berikutnya untuk menyiapkan salinan untuk keseluruhan 32 Dun di negeri itu.
Mengikut maklumat pihak SPR, hanya Pakatan Harapan sahaja yang membuat bantahan dan memorandum mengenai larangan membekalkan salinan digital terhadap parti politik dalam urusan Rang Daftar Pemilih Suku 1/2017.
Dakwa SPR parti kompenan Barisan Nasional dan Pas tidak membuat bantahan langsung terhadap larangan tersebut.
"Adakah ini situasi "level playing field" - padang yang sama rata, untuk pertandingan yang dijangka sengit di jalankan tidak lama lagi?
"Adakah ini situasi "politik matang" negara yang kononnya akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020? Saya rasa kita amat jauh dari cita cita tersebut.
"Apatah lagi Kita masih di tahap parti pemerintah cuba memanipulasi sistem pilihanraya bagi kepentingan pihak pemerintah dan mereka yang rapat dengan pemerintah," soal Raja Bahrin lagi.
Beliau berkata, dengan tindakan SPR itu menunjukkan negara ini masih jauh ketinggalan di belakang negara jiran seperti Indonesia
yang jauh lagi matang politik serta demokrasinya.

"Sehingga kita mencapai tahap yang hampir sama dengan demokrasi politik Indonesia, kami dari pembangkang masih perlu duduk berhari hari di pejabat SPR cuba membuat salinan senarai terkini pengundi walaupun dengan teknologi yang ada seperti yang pernah dibuat dahulu, dalam beberapa saat sahaja salinan melalui "cakera padat" atau "thumb drive" boleh menyelesaikan tugas tersebut.
"Sehingga demokrasi matang di capai kita masih perlu berkelah duduk diatas lantai di lobi pejabat SPR Terengganu untuk meneliti dan cuba membuat salinan senarai pengundi.
"Kami seolah-olah seperti meminta sedekah maklumat yang sepatutnya di beri dengan mudah melalui teknologi terkini. Sesiapa yang memasuki lobi Pejabat SPR Terengganu mungkin akan menjangka kami "peminta sedekah" duduk di atas lantai sedang mengemis maklumat bagi memastikan perjalanan PRU 14 secara baik dan adil.
"Inilah Malaysia negara kita yang dijangka mencapai status negara maju dalam tempoh masa tiga tahun lagi pada 2020," tegasnya.
Pada 26 April lalu Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dipetik berkata, SPR telah mengeluarkan arahan kepada pengarah-pengarah pilihan raya negeri untuk pemberhentian pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik.
Tindakan tersebut bukan hanya terpakai kepada parti politik tetapi juga kepada semua pihak lain yang berkepentingan.
Berdasarkan kepada Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, urusan pameran RDPT dijalankan di tempat-tempat yang diwartakan sebagai tempat pameran RDPT selama 14 hari dengan mempamerkan senarai nama pemohon yang memohon mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih yang memohon tukar alamat bahagian pilihan raya.
Mesyuarat SPR Kali Ke-773 pada 28 Mac lalu telah memutuskan agar RDPT (buku dan cakera padat) tidak lagi diedarkan kepada parti-parti politik mulai Pameran RDPT Suku Tahun Pertama Tahun 2017.
Abdul Ghani berkata, keputusan itu dibuat memandangkan pameran RDPT memadai bagi membolehkan pihak berkepentingan memeriksa nama-nama pemohon yang terbabit.
Katanya, buat masa ini pihak berkepentingan masih lagi mempunyai akses sepenuhnya kepada RDPT yang dipamerkan bagi tujuan semakan, tuntutan dan bantahan.

3 ulasan:

  1. spr ni memang sial...tunggu la balasan Allah kepada penguasa penguasa spr yang berpihak...sepatutnya kamu berkecuali dalm menjalankan Amanah negara...pooorah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya spr sepatutnya bebas dan berkecuali. Tapi faham²lah jika engkar arahan umno, alamat sor dpt pengerusi baru lah. Bak kata Arifin pac, kamipun mahu cari mkn daa.

      Padam
  2. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di šŸ£PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBALšŸ£

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA