Keputusan Datuk Seri Azmin Ali mengekalkan barisan exco sedia ada di
Selangor menunjukkan menteri besar itu takut kepada PAS, kata seorang
pemimpin Umno hari ini.
Kata Tan Sri Noh Omar, pendirian Azmin itu dibuat kerana Anggota
Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sedar PAS memiliki
kekuatan.
"Saya ada baca kenyataan menteri besar semalam yang menyatakan beliau masih mahu kekal exco yang ada.
"Ini menunjukkan bahawa Azmin lebih takut kepada PAS kerana dia tahu PAS ada kekuatan," katanya di Shah Alam hari ini.
PAS memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik (tahaluf siyasi)
dengan PKR yang terbina sejak 2008. Tindakan itu - yang perlu
dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama - meletakkan kedudukan exco PAS
menjadi tanda tanya.
Hal itu kerana, jika PAS terus berada dalam kerajaan negeri, ia
dilihat bercanggah sama sekali dengan pendirian muktamar yang memutuskan
kerjasama dengan PKR.
Selain PKR, kerajaan Selangor turut dibentuk dengan kerjasama dua seteru ketat PAS, iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Exco kanan PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, semalam menegaskan mereka akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai komitmen parti itu meneruskan mandat diberi pengundi pada pilihan raya umum lalu.
AMANAH memang mencadangkan kepada Azmin supaya mengetepikan PAS daripada barisan exco Selangor ekoran keputusan muktamar baru-baru ini.
Bagaimanapun Azmin menegaskan beliau tidak bercadang untuk merombak barisan exco Selangor.
Menurut Noh, selain takut kepada PAS, Azmin juga dilihat gagal menghormati rakannya dalam kerajaan negeri, iaitu DAP dan AMANAH.
"Saya tengok dia (Azmin) lebih takut kepada PAS, dan juga tidak
menghormati DAP dan AMANAH, kerana PAS sudah putus hubungan dengan DAP
dan AMANAH," katanya.
Hanya maknusia bodoh macam noh omar saja yang ikut cakap dan hawa nafsu dia tak fikir hal rakyat apa yang dia fikir kuasa kerana dengan kuasa dia boleh dapat apa saja asalkan punya kuasa.
BalasPadamBetui jugak kata bruder Ni...
BalasPadamNoh tak perlu risau pasal perasaan Azmin. Noh patut tumpu kpd strategi menawan semula selangor yg mana aku yakin ianya misi yg impossible sbb kami lihat PH lebih baik dari BN.
PadamMasa umno pegang, org umno jugak yg kacau.
BalasPadamsekarang bila pkr pegang, apa yg kau nak sibuk2 nak jaga hal tepi kain orng. sukahati azmin la nak buat camana. Tak payah nak ikut budaya umno. pancung sana sini. kau jaga la kawasan parlimen kau, sementelah belum pru ni..
dah lah kepala hotak udang.....ko tu tak hormati hak rakyat yg mengundi Paktan Rakyat....pandai2 nak menagjar org tapi kalu otak udang...ini jer ler yg propaganda yg mampu dibuat oleh si Noh ni.....
BalasPadam