Jumaat, 12 Mei 2017

Meskipun sudah putus, PAS mahu kekal dalam kerajaan Pakatan negeri Selangor

MENTERI Besar Azmin Ali hari ini memberi mandat kepada wakil rakyat PAS untuk terus perkukuhkan kerajaan negeri, walaupun parti Islam itu secara rasmi memutuskan hubungan dengan PKR semalam.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata exco PAS juga akan terus berada dalam kerajaan negeri untuk berkhidmat kerana ia mandat yang diberikan rakyat menerusi pilihan raya umum lalu.
“Kami tidak berbincang mengenainya (PAS memutuskan hubungan politik dengan PKR). Keputusan itu merujuk kepada perbincangan untuk PRU14.
“Tetapi dalam konteks kerajaan negeri, kami masih bekerjasama kerana ini mandat rakyat,” katanya selepas pertemuan dengan Azmin di Pejabat Menteri Besar hari ini.
The Malaysian Insight difahamkan dua exco PAS Dr Yunus Hairi dan Zaidy Talib turut serta dalam pertemuan itu.
Yunus ketika ditemui di Bangunan SUK Shah Alam hari ini berkata: "Menteri besar cuma minta kita kukuhkan kerajaan negeri."
PAS mengakhiri kerjasama dengan PAS semalam selepas Majlis Syura, badan tertinggi parti Islam itu memutuskan ia perlu bagi mempertahankan agenda Islam.
Majlis Syura berkata alasan mereka mahu mengakhiri hubungan politik dengan PKR ialah kerana PKR membuat kenyataan tidak benar terhadap pemimpin PAS, bekerjasama dengan musuh mereka untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan tidak menyokong usul RUU 355.

Pada muktamar lalu, perwakilan PAS membawa usul supaya parti itu memutuskan hubungan dengan PKR.
Lewat malam semalam, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu selalu cuba mengekalkan hubungan politik antara PAS dan PKR menerusi pelbagai usaha.
“PKR tahu mengenai keputusan Majlis Syura PAS untuk mengakhiri kerjasama politik ini, walaupun pelbagai usaha dibuat untuk mengekalkan ikatan itu bagi memenuhi aspirasi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

1 ulasan:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA