Selasa, 16 Mei 2017

Majlis Setiausaha PH desak Pandikar Amin letak jawatan Speaker Dewan Rakyat

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang mengadakan sidang media di ibupejabat PKR  di Petaling Jaya hari ini.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang mengadakan sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.-Foto Wan Zahari Wan Salleh.
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini sebulat suara mendesak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk melepaskan jawatannya kerana beliau gagal melaksanakan reformasi kepada institusi Parlimen di negara ini.
Pendirian sebulat suara diwakili Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Rais Hussin.
Menurut Saifuddin tindakan Pandikar menolak cadangan beberapa sistem Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan kecenderungan Pandikar untuk kembali membabitkan diri dalam politik, membayangkan beliau tidak lagi bebas daripada  kehendak kerajaan dan tidak lagi dianggap berkesan sebagai Speaker Dewan.
"Pembaharuan institusi yang paling penting telah ditolak Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, iaitu sistem Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
"Bagaimanapun 9 jawatankuasa itu telah ditolak membabitkan Jawantankuasa Pengangkutan dan Bandar; Pendidikan; Makanan dan Kesihatan; KesejahteraanLuar Bandar; Ekonomi;Hal Ehwal Wanita; dan Integriti.
"Semasa Tan Sri Pandikar jadi Speaker ada dua perkara yang telah berjaya dilakukannya iaitu wujudkan Kamar Khas (Second Chamber)
dan Waktu Pertanyaan Menteri kepada Perdana Menteri.
"Tetapi ada sedozen lagi permintaan daripada proposal kami yang ditolak.
"Juga ditolak Jawatankuasa Menimbang Rang Undang-undang kerana  akan ada kelewatan dalam proses pengubalan Rang Undang-undang dari segi logistik  sebelum dapat dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Jawatankuasa Peruntukan Perbelanjaan telah ditolak dan mencadangkan bahawa fungsinya dilaksanakan melalui Jawatankuasa Dewan sedia ada.
"Jawatankuasa Urusan Mesyuarat ditolak oleh Jawatankuasa Zahid Hamidi.
"Oleh yang demikian, pada pandangan kami Pandikar terlepas peluang keemasan untuk reformasikan institusi parlimen," ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Dengan adanya jawatankuasa-jawatankuasa yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan itu, antara lain ia akan dapat menyingkatkan masa bersidang sebagaimana berlaku selama ini wakil rakyat terpaksa bersidang sehingga tengah malam dan sehingga awal pagi. Bahkan jawatankuasa-jawatankuasa yang dicadangkan itu juga diamalkan beberapa negara lain dalam sebuah negara demokrasi berparlimen.
Beliau turut berkata, hasrat Pandikar untuk kembali ke arena politik secara aktif maka Pandikar tidak lagi dianggap bebas daripada kehendak politik kerajaan.
"Dia juga sudah sebut berminat untuk aktif berpolitik
"Sekiranya Tan Sri Pandikar tidak boleh lagi memberikan fokus melaksanakan reformasi Parlimen, dan beliau benar-benar ingin mahu kembali aktif berpolitik, maka beliau harus segera meletakkan jawatan dan memberi ruang kepada orang lain untuk memegang jawatan Speaker Dewan Rakyat.
"Apabila Tan Sri Pandikar berharap Datuk Seri Najib melantiknya sebagai calon Ketua Menteri Sabah, beliau tidak boleh lagi dianggap bebas dari kehendak politik kerajaan, maka tidak lagi berkesan sebagai Speaker Dewan yang tidak memihak kepada sesiapa," ujarnya.
Pada 5 April lalu Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata, sedang mempertimbangkan aktif semula dalam politik, dan menyatakan hasratnya bertanding di kerusi negeri atau Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
The Daily Express melaporkan Pandikar, 64, anak kelahiran Kota Belud, sedang menyasarkan salah satu kerusi DUN baharu yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam persempadanan semula.

1 ulasan:

  1. Umur dah 64, harta dah bnyk, pencen ada, apalah yg pendikar nak lagi? Lebih baik bersara lah pendikar weh.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA